Beli Kelengkapan Sekolah Di Hari-Hari
10:53 AMSesi persekolahan 2022/2023 hampir sampai ke penghujungnya. Fuh, lega kejap sebab boleh cuti basuh baju sekolah. Haha.
Macam biasa, masa ni dah jadi rutin mak-mak yang ada anak sekolah ni pilih mana-mana baju sekolah yang masih elok dan dah tak boleh pakai. Baju yang dah lebih usia 2 tahun biasanya me akan sisihkan. Mana yang boleh turunkan dari kakak ke adik, me akan turunkan. Biar anak-anak pakai selagi boleh pakai.
Tahun ni, me pilih untuk beli kelengkapan sekolah di Hari-Hari. Lagi pula tengah ada promosi Kembali ke Sekolah ni. Boleh jimat banyak.
1. Baju sekolah & tudung sekolah
Oleh sebab me ni bekerja dan ada masa kena masuk syif, makanya me memang akan lebihkan baju sekolah. Bukan apa, risau balik tu tak sempat nak basuh baju sekolah anak-anak untuk hari esoknya. Terutama baju sekolah agama. Sekolah kebangsaan kadang bila ada aktiviti koko dan PJPK, anak-anak tak pakai baju sekolah. Pakai baju aktiviti atau baju pakaian unit beruniform.
Tudung tahun ni beli sorang 2 sebabnya harga tudung kat Hari-Hari ni boleh tahan murah. Me beli jenis yang dua lapis tu sebab anak masing-masing dah demand taknak pakai tudung selapis dah. Yang tahun lepas punya masih boleh guna. Kita tambahkan je.
2. Kasut sekolah & stokin
2 pasang setiap sorang. Kasut kena belikan yang baru sebab kasut masing-masing dah nampak lusuh. Satu backup kalau basah time hujan.
Stokin biasanya memang akan beli lebih sebabnya lepas basuh kadang tak jadi dah sepasang. Tak tau mana hilangnya. Masih jadi misteri sampai sekarang. Haha
3. Beg sekolah
Beg sekolah pun lawa-lawa ye kat sini. Anak-anak duk ulang-ulang nak beg baru tapi beg yang ada pun masih boleh guna, makanya kita sambung guna je. Dah rosak nanti kita datang balik ye anak-anak. Budak kecik sorang tu je yang dapat satu beg. Hahaha
Bukan setakat kelengkapan sekolah je ye ada kat sini, baju-baju harian pun banyak. Grab juga tuala untuk anak-anak. Gantikan tuala lama yang dah menipis.
Alhamdulillah. Selesai bab kelengkapan sekolah. Yuran dan buku sekolah kita tunggu pihak sekolah keluarkan senarai.
Korang bolehlah buat persediaan awal. Lambat-lambat nanti saiz banyak habis.
FREEGIFT calendar untuk setiap pembelian RM30 dan keatas dalam satu resit!
Kalau agak-agak tak rajin nak keluar, beli secara atas talian pun boleh.
95 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_
Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari
0 $type={blogger}