Selamat Hari Lahir Nur Aisya Syuhadaa : 10 Tahun

3:25 PM

Selamat hari lahir yang ke-10 untuk anak sulung umi ayah, Nur Aisya Syuhadaa 


Nur Aisya Syuhadaa

Terima kasih kerana jadi anak yang baik dan banyak membantu umi ayah dalam banyak hal. Dalam sibuk belajar Along tetap luangkan masa untuk jaga adik-adik. Tetap bantu umi untuk buat kerja-kerja kat rumah biarpun kadang kena paksa baru buat. Umi ayah paksa pun untuk kebaikan masa depan Along. 

Nur Aisya Syuhadaa

Umi dan ayah minta maaf jika Along rasa ada kurangnya kasih sayang kami pada Along tapi percayalah, umi dan ayah sayang semua anak-anak umi ayah. Marah umi ayah tu marah sebab sayang. Bukannya tak sayang. 

Nur Aisya Syuhadaa

Umi ayah selalu doakan Along berjaya dalam apa jua yang Along buat. Jadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Jadi kakak yang sentiasa ada untuk adik-adik. InsyaAllah, selagi ada hayat umi dan ayah, kami akan sentiasa berikan sokongan untuk Along. Jangan putus asa. Sentiasa percaya yang Along boleh!

You Might Also Like

0 $type={blogger}

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images