Ekspo Selangkah ke UiTM Bagi Tahun 2022

1:35 PM

Assalamualaikum

Tahniah kepada semua pelajar-pelajar SPM 2021 yang dah terima keputusan semalam. Tak kisahlah cemerlang ke kurang cemerlang ke, korang memang terbaik. Belajar dalam suasana PdPR untuk SPM bukan mudah tau. Maka berbanggalah dengan setiap usaha yang korang tu. 

Tahun ni, UiTM menganjurkan Ekspo Selangkah ke UiTM Tahun 2022 selama 4 hari pada 16 Jun 2022 hingga 19 Jun 2022 secara hibrid.


Ekspo ni khusus kepada pelajar lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/Diploma dan setaraf. Bagi bakal mahasiswa program separuh masa dan pascasiswazah juga dijemput hadir.

Korang boleh semak syarat kelayakan di selangkah.uitm.edu.my 

Ada lebih daripada 30 booth pameran yang mengambil bahagian dalam ekspo kali ni. Semuanya terdiri daripada fakulti-fakulti, pusat pengajian dan pusat tanggungjawab. Taklimat dari fakulti juga diadakan bagi adik-adik mengetahui lebih lanjut berkaitan fakulti dan program-program yang ditawarkan.

Bakal mahasiswa juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Bahagian Pengambilan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Pusat Kerjaya & Kaunseling.

Jangan lepaskan peluang ni. Boleh 'kenal' dan bertanya terus tentang program yang korang layak di booth-booth fakulti.

You Might Also Like

0 $type={blogger}

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images