SEMPORNA, 10 Disember 2019 – McDonald’s Malaysia mengukuhkan pelaksanaan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya melalui penganjuran Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah, hari ini. Sumbangan sebanyak RM622,800 diumumkan oleh restoran khidmat segera tersebut bagi meringankan beban golongan masyarakat yang memerlukan di negeri ini melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan.
Program Komuniti McDonald’s bantu golongan memerlukan di Sabah melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan
Penyampaian sumbangan bagi Program Komuniti ini diadakan di restoran terbaharu McDonald’s di
Sabah, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Semporna. Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang
diumumkan termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari
keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali
ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.
“Mewujudkan impak positif kepada masyarakat merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Sebagai
sebuah syarikat korporat yang mempunyai reputasi kukuh di negara ini, kami amat berharap dapat
memainkan peranan kearah kesejahteraan masyarakat, lebih-lebih lagi melibatkan golongan
masyarakat memerlukan di sekitar lokasi operasi kami,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan
Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.
“Semoga pembukaan restoran terbaharu kami di Sabah ini membuka peluang pekerjaan dan ruang
kearah pembangunan bakat, khususnya mereka yang tinggal di Semporna. Di samping merancakkan
lagi ekonomi negeri, besar harapan kami agar pengembangan perniagaan kami di Sabah
membolehkan kami meringankan beban lebih ramai golongan masyarakat kurang bernasib baik di
negeri ini,” tambah Azmir lagi, yang juga merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald
(RMHC) Malaysia. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia.
YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah merupakan tetamu
kehormat yang hadir di majlis ini.
Agihan Zakat Perniagaan McDonald’s Malaysia
McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat
Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti
perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.
"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama
untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat
yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn
Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.
Inisiatif Pekerjaan Untuk Belia Melalui SLDN McDonald’s
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan berteraskan industri
selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus
kelas teori di bilik darjah. Program yang ditaja sepenuhnya ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu
untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu,
sejajar dengan agenda negara.
"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Sabah untuk menyertai program latihan
kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan
untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan
status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.
Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti McDonald’s yang dianjurkan untuk belia
daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir
program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang
menjalani SLDN McDonald’s.
Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan
insurans, serta makanan percuma.
Program “Kembali ke Sekolah”
Lebih 1,900 kanak-kanak dari 63 sekolah di seluruh negeri Sabah menerima pek “Kembali ke
Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh
McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober
lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi
membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan
miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan
2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga
penghujung tahun ini.
Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke
Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula
menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan
sebanyak RM1.2 juta.
RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat
membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia
di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda
berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan
restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang
37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta
pelanggan sebulan di lebih daripada 290 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia
mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan
mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat
lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.
Latarbelakang RMHC
RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan
keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang
mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.
RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan
Kebajikan.
Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift
of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak
dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan
pembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada
sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan juga
tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari
https://rmhc-malaysia.my/