Promosi Menarik Singapore Airlines
![]() |
Sumber : Google image |
Siapa yang nak pergi Singapore menaiki Singapore Airlines? Singapore ialah sebuah negara yang agak best kalau kita dapat bercuti kat sana. Lagi best kalau kita dapat book flights to Singapore online. Tak perlu pening kepala. Haa ada cara yang kita boleh buat untuk dapatkan harga terbaik dari ladang ni.
Agak-agak korang macamana? Hehe cuba teka?
![]() |
Sumber : google image |
Betul!! Jawapannya Traveloka. Applikasi pilihan terkini yang memaparkan harga-harga terbaik dari pelbagai hotel hinggalah ke tiket penerbangan.
Mari nak cerita sikit jenis-jenis tempat duduk yang korang boleh tempah dalam Singapore Airlines ni.
ECONOMY CLASS
Dengan economy class korang boleh dapat seat yang selesa sebab ruang kaki agak luas so sesuai untuk korang yang ada kaki panjang sikit. Selain tu korang boleh layan entertainment dengan KrisWorld. Makanan pula boleh order yang standard dan kalau korang ada special request korang kena bagitau awal-awal kat pihak diorang sebelum flight.
PREMIUM ECONOMY CLASS
Untuk premium economy class, korang boleh dapat seat yang lagi luas dari economy biasa dan USB port juga disediakan kalau nak charge smartphone korang. Makanan boleh tempah special meal 24 jam sebelum fligt.
BUSINESS CLASS
Lepas tu business class punya tempat duduk dua kali ganda lebih best sebab boleh tukar jadi katil. Memang terbaik bagi korang yang nak travel jauh cuma bajet dia lebih tinggi tapi tak jauh beza. Makanan pulak memang awesome and korang boleh order 24 jam sebelum flight ikut kesukaan korang.
FIRST CLASS
First class adalah seat yang paling mewah sebab korang akan dapat seat yang lagi luas dari business class siap ada full breakfast kalau korang ada flight pagi.
Korang nak tau macamana nak dapatkan cheap Singapore Airlines promotions? Mula-mula sekali lepas korang bukak apps tu cari Singapore Airlines https://www.traveloka.com/en-my/singapore-airlines dan kat situ korang boleh nampak segala info yang ada tentang airlines tu. Singapore Airlines ni antara syarikat penerbangan yang terbesar kat Asia Tenggara ni. Mereka menyediakan perjalanan ke hampir 62 destinasi setakat ini. Banyakkan?
Nak buat booking thru apps ni senang sangat. Di hujung jari katanya kan. Buka apps Traveloka pastu search flight dengan isikan info yang perlu terutama tarikh yang korang nak pergi. Sebab dari situ korang boleh dapat harga yang murah. Biasanya lepas korang click search korang akan dapat tengok senarai penerbangan yang ada dan yang paling murah ada kat atas. Guna filter yang ada dan pilih Singapore Airlines maka terpampanglah senarai Singapore Airlines yang available.
Semasa di Singapore korang boleh lah melawat beberapa tempat yang menarik di sana.
NATIONAL MUSEUM OF SINGAPORE
![]() |
Sumber : google image |
Dibuka sejak tahun 1849 lagi, National Museum of Singapore merupakan muzium yang tertua di negara tersebut. Kalau dilihat dari rekaan bangunan ini pun sudah terserlah betapa bangunan ini telah wujud berzaman lamanya dengan gabungan Renaissance dan Neo-Palladian dalam seni binanya.
Walaupun ianya sebuah muzium yang lama tapi pameran di dalam muzium ini agak meyeronokkan untuk dilihat dan dialami. Di sini korang berpeluang merasakan ‘immersive experience’ yang mana korang berada di dalam satu bilik yang gelap dan dikelilingi dengan video yang memaparkan kehidupan seharian di Singapura diiringi muzik latar yang membuatkan pengalaman korang terasa lebih mengujakan.
Ini baru salah satu, nak tahu apa lagi yang best? Jom beramai-ramai ke National Museum of Singapore.
HANDERSON WAVE BRIDGE
![]() |
Sumber : google image |
Handerson Wave Bridge mendapat namanya dari bentuk jambatan seperti ombak. Dari jauh lagi Wave Bridge ini sudah menarik perhatian pandangan mata kerana keunikan rekaannya. Kalau korang nak tahu, jambatan ini juga merupakan jambatan pejalan kaki yang tertinggi di Singapura dengan ketinggian 36 meter dari darat. Dengan menaiki jambatan sepanjang 274 meter ini, korang bukan sahaja dapat melihat pemandangan indah kawasan pulau serta flora dan fauna tapi korang juga akan dapat melawat 3 buah taman yang indah yang terdapat di Singapura iaitu Bukit Teluk Blangah, Kent Ridge Park dan Mount Faber.
![]() |
Sumber : google image |
Nak suasana lagi romantik kalau berjalan di sini? Datang pada waktu malam, kerana pada waktu itu akan dipasang lampu LED dengan pencahayaan yang sangat mempesonakan. Style kan?