McDonald’s Terima Tiga Anugerah Berprestij Sumber Manusia
3:14 PM
Syarikat komited tingkat pembangunan modal insan menerusi penglibatan aktif dalam Sistem Latihan Dual Nasional di bawah Kementerian Sumber Manusia
Kuala Lumpur, 28 September 2018 – McDonald’s baru-baru ini menerima tiga anugerah berprestij
Sumber Manusia yang mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah sebuah syarikat paling
berdedikasi dan merupakan aspirasi untuk bekerja. Tiga anugerah yang diterima adalah Syarikat
Terbaik untuk Bekerja di Asia 2018 (Edisi Malaysia) (Best Companies to Work for in Asia 2018
(Malaysia Edition)) oleh HR Asia; Majikan Terbaik di Malaysia 2018 (Best Employer in Malaysia 2018)
oleh AON; dan Majikan Francais Terbaik 2018 (Best Franchise Employer 2018) oleh Persatuan
Francais Malaysia (MFA).
Kami amat teruja menerima penghormatan ini. Menjadi penerima tiga anugerah berprestij ini
merupakan testimoni terhadap kejayaan jenama McDonald’s di Malaysia dan pengiktirafan terhadap
kemantapan kepimpinan perniagaan kami yang mengutamakan bakat dan menekankan kepentingan
modal insan sebagai penyumbang utama terhadap kejayaan dalam perniagaan”, kata Azhar Darbi,
Pengarah Kanan Sumber Manusia, McDonald’s Malaysia.
Azhar menyatakan bahawa pengiktirafan yang diterima ini berkait rapat dengan Usul Nilai Pekerja
(EVP) – Keluarga & Rakan-rakan (Family & Friends), dimana syarikat menganggap kakitangannya
bukan sekadar rakan sekerja, tetapi sebagai ahli keluarga dan kawan. McDonald’s juga memberi
Fleksibiliti (Flexibility) kerana mereka percaya bahawa setiap individu mempunyai keperluan yang
berbeza-beza dan akhir sekali, McDonald’s menjanjikan Masa Hadapan (Future) yang cerah untuk
kakitangannya dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran diri dan pembangunan kerjaya
untuk jangka masa panjang.
Selain itu, restoran khidmat segera ini juga menggalakkan “Budaya McDonald’s” atau “McDonald’s
Culture” yang terdiri daripada tiga teras – Mengutamakan Pelanggan (Guest-obsessed); Lebih Baik
Bersama (Better Together); dan Komitmen untuk Memimpin (Commitment to Lead) – yang menjadi
panduan untuk kemajuan yang berterusan. Menerusi Budaya McDonald’s, syarikat amat komited
untuk memastikan pelanggannya menikmati pengalaman yang terbaik di McDonald’s, menggalakkan
semangat berpasukan sesama kakitangan dan sentiasa memberi impak positif terhadap industri
khidmat segera, komuniti dan juga planet.
“Di McDonald’s, kakitangan adalah lambang jenama dan merupakan aspek penting dalam kejayaan
kami. Kami hendak memanfaatkan skala saiz yang ada dengan menjadikan program pembangunan
dan latihan sebagai cara yang membolehkan kakitangan kami melangkah maju ke hadapan,
terutamanya, dibidang fungsi kerja dan kepimpinan. Sehingga kini, kami melaburkan lebih RM 8.2
juta setahun dalam pelbagai inisiatif pembangunan modal insan. Kesemua 12,000 kakitangan
McDonald’s di Malaysia dikehendaki menjalani program pembangunan dan latihan berstruktur yang
berterusan dalam peringkat kerjaya mereka agar mereka mampu memenuhi potensi diri,” tambah
Azhar.
Melangkah ke Hadapan dengan Sistem Latihan Dual Nasional
Bagi meningkatkan piawaian syarikat dalam pembangunan modal insan dan mengasah bakat baharu,
McDonald’s turut terlibat secara aktif dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah
Kementerian Sumber Manusia. McDonald’s Malaysia merupakan pengendali restoran khidmat segera
pertama yang menerima pengiktirafan SLDN daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia.
SLDN merupakan program berorientasikan latihan industri di mana ia menggabungkan situasi
pembelajaran di tempat kerja dan juga di institut latihan. Sepanjang tempoh latihan selama 18 bulan,
pelatih McDonald’s akan menerima 70 – 80 peratus pembelajaran melibatkan latihan praktikal di
restoran dan 30 – 20 peratus pula merupakan pembelajaran secara teori di dalam kelas.
Sebaik sahaja mereka lulus ujian penilaian dan peperiksaan akhir yang akan dijalankan di
penghujung program latihan, mereka akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
dan Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Sijil ini melayakkan mereka untuk bekerja di
restoran McDonald’s dan mengembangkan lagi kerjaya mereka.
Selain menerima tajaan penuh untuk program latihan, setiap pelatih juga diberi elaun sara hidup
sebanyak RM1,200, manfaat insurans dan perubatan serta makanan percuma.
Pusat Latihan McDonald’s di Menara TH, Petaling Jaya merupakan pusat latihan di dalam kelas yang
diluluskan untuk SLDN. Menjelang penghujung tahun ini, sejumlah 100 restoran McDonald’s akan
diberi pensijilan sebagai lokasi latihan praktikal, melibatkan kira-kira 1,000 pelatih. Restoran-restoran
tersebut terletak di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Latarbelakang McDonald’sMcDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di 270 restoran di seluruh negara. McDonald’s menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.
1 $type={blogger}
perkongsian yang menarik... syabas mcdonald...
ReplyDelete