Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Dah nak masuk hujung Januari dah wei. Bulan Februari ni ada cuti Tahun Baru Cina. Dah plan ke nak bercuti-cuti Malaysia ke mana kali ni? Me tengah excited nak plan sebab hujung tahun lepas tak sempat nak bercuti. Hahaha. Pepagi semangat wei buka page Traveloka. Memang suka survey page ni sebab bagi me mudah dan mesra pengguna.
En.abg bagi me mandat untuk cari destinasi percutian. Makanya jom lah kita buat listing bebanyak. Kenapa nak list bebanyak? Senang nak pilih. Yang penting kriteria tempat penginapan sesuai dengan kehendak percutian kita dan masih dalam bajet. Me suka tempat yang jauh dari hiruk pikuk kota. Cehhh. Yelah, kata nak tenangkan fikiran kan.
Antara Tips Untuk Bercuti
1. Tentukan Tempat Percutian
Pilih tempat percutian yang kena dengan kriteria penginapan yang di ingini. Sebelum tu kena pastikan lokasi dan pilihan tepat sesuai dengan keluarga kita.
2. Tempah Tiket Lebih Awal
Biasanya tiket akan lebih murah jika ditempah 6 bulan ke atas sebelum tarikh penerbangan. Kena rajin semak harga tiket. Jangan lupa subscribe emel airline pilihan untuk dapatkan maklumat-maklumat mengenai promosi semasa.
3. Menempah Pakej Percutian
Nak lagi jimat, tempahlah tiket penerbangan sekali dengan penginapan. Biasanya untuk tempahan pakej macam ni harga lebih berbaloi. Dapat penginapan yang disediakan dapur sekali lagi baik sebabnya kita boleh jimatkan kos untuk makan.
Tengah survey tetiba ternampak pulak iklan contest ni. Hadiah menarik weiii. Bulan bintang terus mata me. Hahaha.
1st Place : 6 Hari 5 Malam ke Seoul (Flight & Accomodation)
![]() |
Sumber Google Image |
Memang dah lama sangat simpan niat nak ke Seoul ni. Bukan sebab nak jumpa artis Korea bagai tu tau tapi sebab terpikat dengan budaya dan keindahan suasana 4 musim di sana. Kalau di beri pilihan teringin nak pergi time musim luruh atau musim bunga. Nak jugak pegi time musim luruh tapi bila tetiba suhu kat Malaysia ni rendah pun tak tertahan rasanya lagi nak main salji? Hahaha.
Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi di Seoul adalah Namsan Tower, mercu tanda Seoul paling terkenal. Bagi mereka yang suka dengan alat-alat make up dan skincare wajib singgah di Namdaemun dan Myeongdong. Ingat winter sonata, ingat Pulau Nami. Tak sah rasanya ke Seoul jika tak singgah di sini.
Di Itaewon pula terletaknya Seoul Central Mosque untuk kemudahan umat Islam. Katanya makanan halal mudah di cari di kawasan ini kerana bilangan penduduk beragama islam yang agak ramai.
Ada banyak lagi tempat menarik yang boleh di kunjungi di Seoul seperti Lotte World, Petite France, Yongpyong Ski Resort, Istana Gyeongbokgung dan Insadong.
2nd Place : 5 Hari 4 Malam ke Phuket (Flight & Accomodation)
![]() |
Sumber Google Image |
Phuket Old Town adalah salah satu bandar bersejarah yang membentuk Bandar Phuket. Thalang Road merupakan jalan utama di Phuket Old Town. Terdapat bangunan lama berkonsepkan Sino-Portugis yang masih kekal hingga ke hari ini. Sebahagiannya telah ditukar menjadi bar, kafe dan rumah tamu.
Teringin nak tengok persembahan kebudayaan Siam Niramit. Yelah, pergi negara orang rugi tak tengook persembahan kebudayaan mereka kan. Katanya gajah pun berlakon sekali dalam persembahan tu. Hebat kan? Sebelum persembahan bermula katanya banyak aktiviti lain yang menarik disediakan untuk pengunjung seperti persembahan muay-thai.
Lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi di Phuket adalah Island Hoping, Trip Discover Catamaran dan Phuket City View Point. Bagi yang sukakan aktiviti lasak seperti zipline, skyline atau roller zipline, bolehlah ke Hanuman World Phuket.
3rd Place : 4 Hari 3 Malam ke Langkawi (Flight & Accomodation)
![]() |
Sumber Google Image |
Haaaaaa.. tak dapat pergi Seoul pun, dapat Langkawi pun dah cukup bersyukur. Hahahaha. Sebabnya dah beberapa kali plan nak ke Langkawi tapi ada je masalahnya. Sedih tauuu.
Antara yang menjadi tarikan di Langkawi adalah keindahan pantainya yang cantik dan bersih. Pantai yang menjadi pilihan kunjungan pelancong adalah Pantai Cenang, Pantai Tanjung Rhu, Pantai Tengah dan Pantai Pasir Tengkorak. Ada banyak aktiviti keluarga yang boleh dilakukan di sepanjang pantai ni selain menikmati keindahan semulajadinya.
Tarikan alam semulajadi yang ada di Langkawi pun memang menggamit hati me nak pergi iaitu Kilim Geoforest park, Air Terjun Telaga Tujuh, Air Terjun Turun Temurun, Tasik Dayang Bunting dan Taman Lagenda.
Selain dari 3 hadiah utama, share kat Facebook pun boleh dapat RM1,000 Traveloka voucher untuk dua pemenang. Yang ni pemilihan secara random.
Nampak Seoul tu terus bunga-bunga hati me nak join mini contest ni.
Cara Penyertaan Traveloka Fly & Win Challenge
1. Klik link contest → Traveloka CNY 2018 Contest
2. Jangan lupa fahamkan terms and condition dan instructions sebelum mula
3. Lepas baca dan fahamkan tu, bolehlah Start Game.
Sehari boleh submit 5 score je. Pastikan korang Submit score terbaik korang tau.
Best main game ni. Nampak senang tapiiiii susah weii. Hahaha. Bertabahlah korang yang main ye. Dari tadi duk marah sebab plane me asyik jatuh je. Terkejut-terkejut tengok tetiba ada halangan di depan. Adoiiii. Geram tapi tetap nak sambung main gak sebab bayangan Seoul tengah bermain-main di depan mata ni. Hahahaha. Nak menang hadiah best dah tu free pulak mana boleh senang-senang ye tak.
Tapi hari ni ketabahan teruji. Makanya sambung esok lagi arr contest ni. Hahahaha. Yang penting jangan mengalah je kalau nak tiket free tuuuu.
Tempoh contest berlangsung mula dari 22 Januari 2018 hingga 28 Februari 2018.
Korang jom lah join sekali. Mana tau ada luck korang dapat tiket free kan.