Along Dah Serasi Dengan Sekolah
11:20 AM
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Dah masuk minggu ketiga sesi persekolahan tahun 2017. Wahhh.. sekejap je rasa masa berlalu.
Besar dah anak umi. Dah sekolah pun. Tetiba sebak masa taklimat ibubapa
kat sekolah hari tu. Kenapa ntah. Hahaha. Nasib baik tak meleleh air
mata kat situ. Masuk dalam kereta siap peluk Along kuat-kuat pastu
meleleh air mata. Heeeee.
Alhamdulillah. Along dah semakin serasi kat tadika cuma kat taska je dia masih nangis kejap. Sebab tak selesa nak tidur katanyaa. Hehe.
Setakat ni dia masih lagi rajin nak bangun pagi. Tak meragam bila kita kejut dia. Syukur sangat. Senang kerja umi pepagi. Hehe. Cuma tiap-tiap hari dia nak bawa bekal roti pegi sekolah. Roti sapu peanut butter ngan strawberry tu. Jangan nak letak benda lain dalam bekas dia memang takkan habis sampai petang. Penah sekali tu letak roti ngan telur sosej, memang dia tak sentuh pun. Huhu.
![]() |
Baju sekolah tak dapat lagi makanya pakai baju biasa. Kasut tu pun semalam pakai tak muat dah. 😅😅 |
Along siap pujuk Angah lagi tu. "Takpe angah. Jangan nangis. Angah duduk rumah mama. Petang karang Along balik nanti Along beli air vitagen untuk Angah.." Alooooo.. suwit je kakaknya pujuk tapi angah bila dah kata nak tu memang dia nak sangat. Kalau kata taknak memang taknak.
Serba salah juga bila hantar anak tengah menangis ke rumah pengasuh tapi nak buat macamana kan. Huhu. Tapi pengasuh kata dia nangis kejap je pastu ok.
Balik je dari Taska memang Along akan cari adik-adik dia dulu. Berlari ke rumah pengasuh. Huhu. Rindu kot. Tapi masuk dalam rumah gaduh. Hahaha.
Belajar rajin-rajin ye sayang. InsyaAllah umi akan cuba bagi sekolah dan pelajaran yang terbaik buat anak-anak umi. Umi dan ayah sayang Nur Aisya Syuhadaa, Nur Aeera Shuhayra dan Nur Addeena Syumaila.
6 $type={blogger}
alhamdulillah kira senang da mcm tu =)
ReplyDeletealhamdulillah.. :)
Deleteni yg 1st sekolah erk..heheh sweet jer adik adik dia
ReplyDeletea'ah.. hehe..
DeleteSemoga anak selalu berada dalam keadaan yang gembira dan sihat selalu. Inilah yg penting.
ReplyDeleteInsyaAllah.. amin.. :)
Delete