Pulau Langkawi, Pulau Pilihan Untuk Percutian Keluarga
4:05 PM
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Lagi beberapa minggu cuti sekolah nak berakhir ni. Me tahu mesti ramai yang masih dalam mood holiday kan? Yelah.. Hujung-hujung tahun ni mesti ramai ibu bapa yang bekerja mencari kesempatan untuk menghabiskan masa dengan keluarga sambil menghabiskan sisa-sisa cuti tahunan yang masih ada tu kan. Termasuklah me. Hehe. Nak cadangan tempat bercuti tak? Ke Pulau Langkawi kitaaaa. Jom!!
Sebelum
pergi tu wajiblah survey tempat-tempat yang menarik kat Pulau Langkawi ni kan. Antara
tempat yang teringin me nak lawat adalah :
Kereta Kabel
Gayat
tak gayat me tetap nak cuba gak. Haha.
Art in Paradise
Katanya
kalau nak bermain aktiviti sukan air, Pantai Tengah adalah tempat yang paling
sesuai kerana pasir pantainya gebu dan air laut pun agak tenang untuk aktiviti
laut. Antara sukan air yang boleh dicuba di pantai ni adalah seperti bermain
jetski, parasailing dan sebagainya. Pada waktu petang pula bolehlah bersantai
sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.
Lagi beberapa minggu cuti sekolah nak berakhir ni. Me tahu mesti ramai yang masih dalam mood holiday kan? Yelah.. Hujung-hujung tahun ni mesti ramai ibu bapa yang bekerja mencari kesempatan untuk menghabiskan masa dengan keluarga sambil menghabiskan sisa-sisa cuti tahunan yang masih ada tu kan. Termasuklah me. Hehe. Nak cadangan tempat bercuti tak? Ke Pulau Langkawi kitaaaa. Jom!!
![]() |
sumber : google image |
Dalam banyak-banyak pulau yang cantik kat
Malaysia ni, me memang teringin sangat nak ke Pulau Langkawi. Kenapa? Kerana
Pulau Langkawi ni adalah tempat
pelancongan yang cukup terkenal di Malaysia. Bukan setakat pelancong
tempatan saja yang suka ke sini, malah pelancong dari luar negara juga turut
berkunjung ke sini.
Kereta Kabel
![]() |
Sumber : google image |
Rugi
lah datang Langkawi kalau tak naik kereta kabel ni. Gondola-gondola di sini
lebih menarik dan menggerunkan kalau nak dibandingkan dengan kereta kabel
Genting Highland. Terdapat tiga pilihan gondola yang boleh dipilih dan yang
paling akan membuatkan korang rasa gayat adalah menaiki gondola yang
berlantaikan kaca.
Art in Paradise
Sumber : google image |
Art
in Paradise atau juga lebih sinonim dipanggil muzium seni 3D ataupun 3D Trick
Art juga dalam list tempat yang ingin dilawati. Di sini terdapat banyak lukisan
yang nampak macam real. Bila tengok gambar kawan-kawan yang dah pernah datang
sini lagi membuak-buak hati tu nak datang. Serius tengok gambar pun tau
menarik!
Selain
itu, di Langkawi juga terdapat hutan paya bakau dengan pelbagai tarikan alam
untuk dilihat iaitu Kilim Geoforest Park. Korang juga boleh menyewa bot dan menikmati
keindahan hutan paya bakau melalui sungai.
Teringin nak mandi air terjun? Jangan risau. Kat sini ada air
terjun Telaga Tujuh. Apa yang uniknya air terjun ni dinamakan Telaga Tujuh
kerana di sepanjangnya terdapat kawasan tadahan kecil yang berbentuk
seakan-akan telaga yang terbentuk secara semula jadi.
Yang penting sebelum pulang wajib singgah sebentar ke Dataran Lang
untuk bergambar dengan tugu burung helang gergasi yang menjadi simbolik pada
Pulau Langkawi sebagai gambar kenangan. Banyak lagi tempat menarik yang boleh
dilawati seperti Underwater World Langkawi, Taman Buaya Langkawi, Makam
Mahsuri, Galeri Padi dan lain-lain lagi.
Ramai yang pilih pulau lagenda ni sebagai lokasi percutian kerana banyak
tempat menarik yang boleh dilawati. Tak perlu risau tentang kemudahan
penginapan sebab Pulau Langkawi ada menawarkan pelbagai jenis penginapan yang
selesa mengikut bajet korang. Daripada hotel bajet sehinggalah ke hotel mewah.
Untuk memudahkan pencarian tempat penginapan
korang boleh terus melalui https://www.traveloka.com/en-my/
. Kalau korang nak tahu, me memang suka survey kat website ni dulu sebelum
pergi bercuti sebabnya promosi yang ditawarkan semuanya menarik dan sangat
berbaloi. Bukan setakat dalam negara saja malah termasuk luar negara. Terkadang
sampai rambang mata nak pilih tapi dalam masa yang sama korang juga boleh
menilai sesebuah hotel tu berdasarkan review
yang diberikan oleh orang lain.
Apa yang menariknya lagi, kini Traveloka dah ada dihujung jari
kita saja. Yahooo! Haa, tunggu apa lagi? Cepatlah download Traveloka App kat smartphone korang. Nanti kalau nak pergi bercuti
senanglah korang nak belek-belek sambil tengok promosi apa yang sedang
ditawarkan. Nak survey hotel sambil golek-golek atas katil pun boleh. Bukan
tiket hotel je, tiket kapal terbang pun boleh survey guna apps Traveloka
ni. Memang mudah kan? Sekali jalan saja buat kerja. Lepas dah booking hotel yang kita nak boleh terus booking untuk tiket kapal terbang.
Teknologi dah semakin canggih ni, semuanya boleh buat hanya dengan hujung jari
saja. Sekali petik semua siap. Hehe. Jangan bimbang untuk membuat tempahan
flight dan hotel di Traveloka kerana data dan privasi korang dijamin sentiasa
selamat.
Haa, seronok kan? Jadi jangan ragu-ragu nak rancang percutian
melalui aplikasi Traveloka ni. Mesti cuba! Jadilah macam me dan family. Awal
lagi dah mula rancang percutian dengan Traveloka. Memang ada banyak pilihan
hotel dengan pelbagai harga yang menarik. Apa lagi? Semuanya hanya di hujung
jari saja. Selamat bercuti ya!
1 $type={blogger}
wahhh destinasi y sama unni nk pi
ReplyDelete