Semarakkan Semangat Sukan Dengan KAPPA
3:52 PM
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Bagi
para penggemar sukan, Kappa bukanlah sebuah jenama yang asing. Malah, jenama
antarabangsa yang telah ditubuhkan sejak tahun 1967 ini sering menjadi pakaian
rasmi bagi pasukan-pasukan bertaraf dunia. Setelah hampir 50 tahun bertahan
dalam industri sukan dunia, jenama Kappa semakin digemari ramai lebih-lebih
lagi penggemar sukan di Malaysia
Seperti jenama-jenama sukan yang
lain, Kappa sentiasa komited dalam menghasilkan koleksi pakaian sukan yang
berkualiti dan menepati citarasa para pembeli. Ini kerana, pakaian sukan yang
baik bukan sahaja memberikan keselesaan yang berpanjangan, malah membantu untuk
melancarkan lagi pergerakkan si pemakai. Ini merupakan kualiti yang terdapat
pada koleksi pakaian sukan Kappa.
Masa zaman
sekolah menengah me dulu pun ramai kawan-kawan yang suka menggunakan baju sukan
jenama Kappa termasuklah me. Kenapa? Sebabnya harga yang ditawarkan amatlah
berpatutan dan mampu milik berbanding pakaian sukan jenama lain sedangkan kualiti
pakaian adalah setara.
Haaa.
Jangan tak tau yang jenama ni memang dah lama bertapak di hati rakyat Malaysia.
Bukan itu sahaja, koleksi pakaian
sukan Kappa seperti t-shirt, polo t-shirt, jersey, singlet dan lain-lain ini
turut direka dengan rekaan yang trendi dan boleh juga anda gayakan untuk
melakukan aktiviti lain selain daripada bersukan. Ini membuatkan koleksi
pakaian Kappa adalah koleksi pakaian yang versatile!
Tak percaya?
Jika kita masuk ke mana-mana shopping kompleks ramai lelaki yang lebih suka
bergaya santai dengan seluar jeans di padankan bersama baju sukan. Lebih selesa
kata mereka.
Untuk koleksi pakaian sukan Kappa
yang berkualiti dan berpatutan ini, kini anda boleh miliki kesemuanya secara
online di laman web ZALORA Malaysia. ZALORA menyediakan perkhidmatan
penghantaran secara percuma terus ke rumah anda serta pemulangan percuma juga
secara percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian.
1 $type={blogger}
assalamualaikum...yaya dah follow sini...saja...buat blogwalking..hehe....harap sudi follow yaya... www.yayacendana.com :) tq
ReplyDelete