Masih Di Sini~
3:33 PM
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Hari ni masih berada di pejabat. Mood nak kerja sebenarnya dah berkurangan sejak semalam lagi.
Esok pun akan tetap berada di sini. InsyaALLAH selepas waktu pejabat terus pecut balik kampung. Doa dalam hati moga-moga esok Tan Sri VC akan bagi pelepasan setengah hari bekerja. Hehehe. Tiap-tiap tahun sehari sebelum raya biasanya dapat separuh hari. Hope tahun ni dapat jugak la yee.
Baru selesai daftarkan MC dan Cuti Gantian Rehat staf pejabat. Dapatlah update blog kejap. Hehe.
Dah makin terasa sunyi kat pejabat ni. Takda dah riuh rendah suara orang ketawa atau berbincang. Semua pakat balik kampung hari ni. Haaaaa. Kitorang ni je yang tak reti-reti nak balik. Haha
Pada semua yang tengah memandu tu, berhati-hati di jalan raya. Ingat orang-orang yang tersayang.

Semoga selamat sampai di tempat yang di tuju. Aamin.
1 $type={blogger}
Hati hati memandu, hehe. Selamat hari raya !
ReplyDelete