Tips Pemakanan Wanita Hamil Ketika Sahur
1:03 PM
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Tips Pemakanan Wanita Hamil Ketika Sahur | Sedar tak sedar hari ni dah masuk
5 Ramadhan kan. Tapi me still tak dapat rentak bersahur dalam keadaan berbadan
dua ni. Yelah. Kali ni berpuasa di awal kehamilan. Dugaannya lain daripada
berpuasa ketika berada dalam trimester kedua dan ketiga.
Dugaan first trimester ni lain
sangat. Rasa macam tak bertenaga. Cepat mengantuk dan pening kepala. Menguap tu
tak terkira berapa kali banyaknya. Huhuhu. Tak selesa nak kerja dalam keadaan
macam ni.
Sebab pemakanan ketika sahur kah?
Waktu sahur me memang makan je apa yang ada. Tak fikir sesuai ke tak sesuai.
Huhu. Kadang pas makan tu memang akan ada rasa mual. Pastu muntah. Huhuhu.
Tekak perit. Topup ngan air kosong je lepas muntah tu.
Tadi google tips pemakanan wanita
hamil ketika sahur dan jumpa tips ni. Antara makanan yang elok di ambil oleh
wanita hamil ketika bersahur ialah :-
- Nasi beras perang dan roti bijian
penuh dengan kari atau kurma cair.
- Bijirin berserat tinggi dengan
susu krim rendah lemak.
- Buah-buahan termasuk buah kurma
dan pisang.
- Seboleh-bolehnya elakkan minum teh
semasa sahur kerana ia boleh buat anda ternyahhidrat.
Sumber : www.babycenter.com.my
Lepas ni bolah cuba amalkan tips
ni rasanya sebab sebelum ni me lebih kepada pengambilan makanan yang berminyak
ketika sahur. Huhu.
Moga Tips Pemakanan Wanita Hamil Ketika Sahur ni bermanfaat buat
semua.
0 $type={blogger}