Pencil.my : Wild-Wild West Appreciation Night 2015
12:42 PMAssalamualaikum dan salam 1Malaysia
Pencil.my
merupakan satu produk pendidikan yang dihasil oleh syarikat Pencil Brand Sdn
Bhd. Syarikat ini ditubuhkan pada November 2012 oleh Tuan Hj Kamal Abdul Razak.
Beliau merupakan seorang Senior Lecturer di Malaysian University Science and
Technology (MUST). Beliau mempunyai pengalaman selama hampir sepuluh tahun
dalam bidang perniagaan dan pendidikan.Syarikat ini telah mendapat status MSC pada 2012 dibawah cluster Infotech.
Produk Pencil Brand Sdn Bhd ini
adalah PENCIL.MY. Ianya merupakan produk pendidikan berbentuk
portal asas (portal-base) yang menggabungkan platform sosial (Facebook, Twitter,
Google) dan simulasi animasi berbentuk permainan. Golongan sasaran sebagai
pengguna adalah pelajar dari darjah 1 hingga tingkatan 5.
Ianya bertujuan untuk
menarik minat pelajar kepada 'ketagih' untuk belajar. Antara ciri-ciri menarik
dalam pencil.my adalah :
-silibus
dan soalan yang sentiasa dikemaskini oleh hampir 45 orang tenaga guru yang
berpengalaman
-sistemnya
sentiasa dipantau oleh hampir 30 orang programmer
-in-game
reward seperti experience, medal dan rank yang dihubungkan terus ke Facebook
untuk di'update' statusnya
-boleh
berhubung sesama rakan yang menjadi pengguna pencil.my dalam portal
Grand Launching Pencil.my telah diadakan pada 12 April 2015 bertempat di Menara Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Senator Tan Sri Mohd Ali Rustam.
![]() |
Sumber : Laman sesawang Pencil.my |
Matlamat utama pencil.my adalah untuk membantu negara dalam meningkatkan kualiti dalam sektor pendidikan masa kini.
Wild-Wild West - Appreciation Dinner Pencil.my 2015
Pada 6 Jun 2015, satu majlis penghargaan telah diadakan dengan tema 'Cowboy (Wild-Wild West) bertempat di Setia Alam Convention Center.
Malam itu adalah malam penganugerahan buat mereka-mereka yang berusaha berjuang bersama Pencil.my.
Hadiah percutian dan wang tunai juga diberikan sebagai hadiah cabutan bertuah khas buat staf-staf dan tetamu yang hadir pada malam itu.
![]() |
Sumber : Instagram yanieyusuf |
![]() |
Dato AC Mizal dijemput sebagai pengacara pada malam itu. |
Terima kasih Acik. Terima kasih Nanie sebab bagi peluang kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari untuk sama-sama dalam majlis hebat ni.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pencil.my, boleh layari :-
Pencil Brand Sdn Bhd
Suite MR2-01-04, Sri Acapella Commercial Annexe,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33,
40000 Shah Alam,
Malaysia
Email: support@pencil.my
Website: http://www.pencil.my/
0 $type={blogger}