Tips Mengatasi Morning Sickness
3:28 PMAssalamualaikum dan salam 1Malaysia
Tips Mengatasi Morning Sickness | Mual dan
loya pada awal kehamilan adalah satu perkara biasa bagi wanita. Biasanya
perkara ini terjadi hanya pada trimester pertama iaitu dari minggu 1 ke minggu
ke-12 kehamilan. Namun ada juga yang
menghadapi masalah loya dan mual ni hingga ke saat melahirkan.
Namun, tak
perlu risau andai mengalami perkara ini. Me kongsikan beberapa tips untuk
mengatasi masalah morning sickness ini.
-
Makan
sedikit tapi kerap. Jangan biarkan perut kosong. Cuba makan makanan kering
dan hambar dalam jumlah yang sedikit sepanjang hari.
-
Makan apa
dan bila anda kehendaki. Elakkan pengambilan makanan berlemak, berempah,
berasid atau bergoreng. Ambil makanan yang kaya dengan protein dan vitamin B.
-
Simpan
snek ringan di sebelah katil.
-
Dapatkan
rehat yang secukupnya. Ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan
dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
-
Minum teh
halia. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Namun perlu
digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati.
-
Cuba
terapi semulajadi. Aromaterapi atau homeopati boleh membantu anda tetapi
berjumpalah dengan mereka yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.
Setakat ni
me dah cuba kaedah aromaterapi menggunakan limau nipis. Bila rasa nak mual je
hidu limau nipis. Always ada dalam poket baju. Bau-bau sitrus ni biasanya menenangkan. Hehe.
So, wanita
mengandung yang ada masalah morning sickness boleh la cuba tips yang ada kat atas
tu.
sumber rujukan : babycenter.com.my
3 $type={blogger}
bagus tips ni...he he he...thanks for sharing moon...
ReplyDeleteyoorin tak de sangat mabuk2 masa ngandung dulu..tak dapat bayang laa kalau mabuk tu camna.. tp teringat naik bot, ferri, cruise, memang mabuk teruk..mabuk laut..sakit perut rasa.. xnak laa mabuk2 time preggy..
ReplyDeletebestnya kak pregnant! bagus tips ni utk ibuyg ada alahan..
ReplyDelete