Sambal TUHAU
12:30 PM
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Sambal TUHAU | Rasanya ramai yang tidak mengenali apa itu tuhau. Tuhau adalah salah satu ulaman yang menjadi kegemaran setengah penduduk Sabah. Tuhau termasuk dalam keluarga halia.
![]() |
Sumber : google image |
Resepi Sambal Tuhau :
Bahan-bahan
Tuhau
Cuka makan
Garam
Cili Padi
Cuka makan
Garam
Cili Padi
Cara-cara menyediakan sambal Tuhau
1. Tumbuk/ Blend Tuhau, cili padi dan garam.
2, Gaulkan dengan cuka makan.
3. Peram 10-20 minit sebelum dihidangkan.
Di semenanjung tak pasti if boleh jumpa pokok Tuhau ni. Dan me sendiri tak pasti kalau orang semenanjung akan sukakan ulam/ sambal Tuhau ni kerana baunya kuat dan kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Ada yang cakap baunya seperti kumbang kesing. Me kurang pasti nama kumbang tu di semenanjung, Heeee.
Apapun,, sangat rindukan sambal Tuhau ni. Me start makan sambal ni pun masa tingkatan 3. Sebelum tu tak makan pun sebab baunya. Tapi bila dah cuba sekali,, mesti tambah berkali-kali. Bau pun terus jadi wangi yang amat. Hahaha.
Ada tak warga semenanjung yang dah cuba atau teringin nak cuba sambal Tuhau ni? Hehehe..
18 $type={blogger}
Memang x pernah tau dan x pernah tau pun apa tuhau ni...thanks atas perkongsian..
ReplyDeleteSama2.. :D
Deleteapa rasenyer?sedap ke kak?
ReplyDeleteBgi akak sedap.. hehe..
Deletesedp giler.
Deletenyumnyumnyum! tetiba berliur sebut pasal sambal tuhau. pernah try serunding tuhau tak? saya lagi jatuh cinta dengan serunding tuhau berbanding sambal tuhau tu.
ReplyDeleteJatuh cinta jga dgn serunding tuhau.. sedap!
Deleteok kite first time dengar sambal Tuhau. hehe
ReplyDeleteX pernah lagi cuba makan sambal tuhau ni, rupanya macam tu tuhau ye..baru ku tahu hihi..
ReplyDeleteTry la makan.. sedap.. hehe
DeleteNampak macam umbut jer.
ReplyDeleteYup.. rupanya mcm umbut.. tpi yg ni bau kuat..
Deleteigtkan sambal tauhu tadi hehehe.. first time tengok tuhau ni...
ReplyDeletesekali baca ingatkan tauhu..2 kali baca, eh tuhau rupanya..kali pertama dengar ni
ReplyDeletesinggah petang, pertama kali kak ana dengar dan lihat tuhau ni, adakah ia pucuk batang pisang.. maaf jika tersalah ye,perkongsian yang baik disini.
ReplyDelete@anajingga
ReplyDeleteBukan pucuk batang pisang.. hehe.. rupanya lebih kurang mcm tu.. pokoknya lebih kurang pokok bunga kantan..
ada benih dia tak??... kalau ada saya nak minta skit
ReplyDeletesedap...kawan bagi, dia beli masa angro di pahang.. tapi x tahu nak beli di mana lak sekarang...
ReplyDelete