Havoc KBBA Blogger's Day Out!
2:15 PM
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Havoc KBBA Blogger's Day Out! | 26 April 2015!! Finally!!!
Hari yang ditunggu-tunggu tiba. KBBA Blogger’s Day Out! Homai.. Excited bangun
pepagi. Aisya dan Aeera pun elok je bangun pagi tu. Husband pun excited sebab
nak main paintball katanyaaa. Hehehe.
Kitorang sampai KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA lebih kurang jam 8.15 pagi. Itu pun selepas
disesatkan oleh waze. Gaduh seminit dalam kereta. Hahaha.
Masa sampai tu tengok
memang dah meriah lobi KKTC dengan ahli KBBA. Fuhhh.
Majlis dimulakan dengan
senamrobik yang di ketuai oleh Fatin Bella dan dibantu oleh Boni Kacak dan
Encik ST. Perghhh. Terasa bergetar jugak otot-otot badan ni bila bersenamrobik.
Hahaha. Lama tak senaman kannnn. Best! Sebab step tu senang nak ikut. Taklah
berat sangat. Tapi cukup untuk keluarkan peluh. Hehe. Tapi dalam pada tu asyik
tinjau Aisya dan Aeera. Lari ke sana-sini je keje dua budak kecik ni. Haaa.
Tiba masa ke game pertama.
Golf ala KBBA style. Syarat mudah je. Sorang sekali pukul. Takde testing. So,
nasiblah siapa-siapa yang tak pernah main golf tu kan. Macam me. Haha. Gaya
ada, sekali swing tengok bola tak jatuh ke tanah. Rupanya static kat situ.
Haaaaa. Menangis Tiger Wood tengok. Pukul angina je rupanya.
Game kedua, badminton ala
suka hati KBBA. Yang ni me suka sangat. Hahaha. Menang gelak je semua.
Badminton ni 6 lawan 6. Dengan satu raket. Haaaaa. Apa yang penting dalam games
ni ialah strategi dan kerjasama kumpulan. Boleh tengok kesepakatan ahli
kumpulan sepanjang game ni. Terbaik!!
11.30 pagi memasing gerak
untuk racing. Penangan Fast and Furious. Hehehe. Terus terang, 1st
time tau tengok go-kart ni secara dekat. Selama ni tengok dalam tv je. Hehehe.
Selepas tu rehat dan makan
tengahari hingga jam 2.30. Makan tengahari kat Bayaocafe memang terbaik! Tempat
selesa! Makanan? Umpphhhh.. Yang part makan ni nanti me cerita entry lain
pulak. Tapi memang kebaboom menu.
Jam 2.30 semua pakat gerak
ke ‘medan perang’ pulak. Paintball yang ditunggu-tunggu. Hahahaha. Semangat nak
pegang senapang tu. Tapi yang ni bagi kumpulan lain. Tak ikut warna kumpulan
yang memula tu. En.abg terlebih excited! Siap bawa topeng sendiri. Lama tak
main katanya.
Pas habis game paintball
memasing tunjuk bekas kena tembak. Lebam. Perghhh. Sib baik jaga anak. Kalau
tak mau lebam jugak hari tu. Semangat dah nak main. Hehe. En.abg ada gak bawa
cenderahati dari paintball tu. Hahaha. Lebam satu kat lengan.
Lastly, acara penutup dan
cabutan bertuah. Me salah seorang pemenang cabutan bertuah tu. Alhamdulillah.
Rezeki me. Selama ni join cabutan bertuah susah je nak dapat. Hehe.
Masa ucapan penutup oleh
founder KBBA iaitu abg Ben, sebak sikit hati. Kita blogger yang bukan sekadar
blogger. Respect!
Terima kasih kepada semua
penaja KBBA Blogger’s Day Out!
Kelab Komuniti Cyberjaya
Yeos Malaysia
www.yeos.com.my
Cosmoderm
Crazy N Crunchy
www.crazycrunchy.com
Natalia
www.natalia.my
Stamp N Print
www.stampnprint.blogspot.com
Cyberview Cyberjaya
www.cyberview.co.uk
Azwar Kamaruzaman
https://www.facebook.com/azwarkamaruzaman94
Harapnya akan ada lagi
aktiviti begini di masa akan datang! Happy kenal semua ahli KBBA. Terima kasih
semua.
Gambar penutup. Hehehe.
3 $type={blogger}
WAHH BESTNYA..LAMA SGT X UPDATE BLOG..DAH TERLEPAS RUPANYA..hehe
ReplyDeletedapat tangkap gambar ngn aben ye.. lin je malu nak g tangkap gambr ngn aben... 1 fine day... hahahah
ReplyDeleteTQ for coming memeriahkan BDO 2015 hope next event KBBA lagi meriah !
ReplyDelete