Demam Akibat Tonsil
4:03 PM
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Hari ni masuk kerja pas bercuti semalam. Berat hati gak nak kerja
sebab Aisya still kurang sihat. Semalam pegi klinik. Dr. kata tonsil Aisya
bengkak sebab tu demam. Huhu. Sakit tu. Me pernah kena so tau la sakitnya
macamana kan. Kesian anak umi. Patutlah makan pun tak lalu kan. Minum susu and
minum air je.
Me pun rajinlah menggoogle pasal tonsil ni kan. Me share sikit ea.
Tonsil adalah kelenjar
tisu limfoid yang berfungsi sebagai markas pertahanan yang diperlukan oleh
badan pada awal pembesaran kanak-kanak. Terdapat beberapa kelompok tisu limfoid
di dalam rongga mulut, ini termasuk:
1.
Adenoids (Tonsil Pharyngeal) yang terletak di belakang hidung
2.
Palatine tonsil. Tonsil yang selalu dikaitkan dengan masalah
sakit tonsil.
3.
Lingual Tonsil. Terletak dibahagian belakan lidah
4.
Tubal tonsil. Terletak pada keliling saluran(auditory) yang
menyambungkan hidung dengan telinga tengah.
Bagi kanak-kanak yang
mengalami sakit tonsil mereka akan:
1.
Mengalami kesakitan dan demam yang lama (sekurang-kurangya 1
minggu)
2.
Perlu ke klinik untuk berjumpa dengan doktor untuk merawat sakit
tonsil mereka.
3.
Perlu mengambil dan menghabiskan ubat antibiotik disamping
ubatan lain untuk simptom mereka (contohnya ubat demam dan ubat sakit tekak)
4.
Terpaksa cuti sakit dari persekolahan dan ini akan menganggu
pembelajaran mereka
5.
Tidur terganggu, ini disebabkan tonsil yang membengkak akan
menyebabkan tidur berdengkur dan juga pada kes yang teruk mereka akan berhenti
bernafas seketika semasa tidur – Sleep Apnea.
Sumber : http://www.doktorbudak.com/2014/10/14/anak-kerap-sakit-tonsil/
Me share secara ringkas je dari page doktorbudak. Banyak gak info yang
me dapat dari blog ni. Bagi yang ada isu tentang kesihatan kanak-kanak boleh
rujuk dalam web ni.
Hope bengkak kat tonsil Aisya surut cepat. Sekarang ni memang dia
tengah ambil antibiotic. Huhu. Pakej sekali dengan batuk dan selesema pulak. Sembuh
cepat anak umi. Tak sanggup umi tengok anak umi sakit.
Sekarang ni pun mengira masa nak balik rumah. Rindunya kat anak-anak.
p/s : ada yang kata aiskrim vanila 'penawar' sakit tonsil ni. Betul ke?
1 $type={blogger}
yup memang betul, aiskrim vanilla adalah penawar sakit tonsil...
ReplyDelete