Assalamualaikum
dan salam 1Malaysia
Sedar tak
sedar kita dah sampai ke penghujung tahun 2014.
Sepanjang
tahun ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup me. Yang gembira, yang sedih.
Yang menyenangkan hati, yang menyakitkan hati.
Namun me
masih bersyukur kerana masih mampu tersenyum hingga ke hari ini. Senyum kala
gembira, senyum kala duka.
Tak boleh
demand sangat dalam hidup ni. Kena pandai menikmati sambil bersyukur dalam keadaan
yang cukup-cukup sederhana. Alhamdulillah. Masih mampu mengecap rasa bahagia di
samping suami dan anak-anak tersayang.
Tahun di
mana me di duga dalam alam pekerjaan. Cuba untuk terus bertahan dan berpaut di
dahan yang hampir rapuh. Sangkaan untuk kecundang di pertengahan salah. Allah
kurniakan kekuatan untuk me terus bertahan hingga ke hari ini. Alhamdulillah.
Hari ini
genap 28 tahun me meniti hidup di bumi Allah. Alhamdulillah.
Terima kasih
Allah atas peluang yang KAU berikan untuk me terus membesarkan kedua puteri me
dan suami.
Nur Aisya Syuhadaa
Binti Abdul Karim & Nur Aeera Shuhayra Binti Abdul Karim, membesarlah kalian
dengan baik. Selama umi hidup selama itu umi akan cuba berikan yang terbaik
buat anak-anak umi. InsyaAllah. Semoga Allah panjangkan umur umi dan ayah agar
mampu untuk melihat kalian terus membesar.
Abdul Karim
Mohd Latep, terima kasih kerana menjadi suami yang baik buat me dan ayah yang
baik untuk anak-anak kita. Semoga bahagia kita hari ini akan berpanjangan
hingga ke jannah.
Buat kedua
ibu bapa me, terima kasih kerana membesarkan me menjadi insan yang kuat
menempuh dugaan hidup. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik buat keduanya.
Esok masuk
tahun baru 2015.. semoga tahun baru nanti memberi kita seribu satu kebaikan.
Amin...