Anak Yang Menghambakan Ibu Bapa
4:02 PM
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
![]() |
Sumber : Facebook |
Ada yang setuju dan ada yang
tidak setuju dengan kenyataan-kenyataan dalam gambar di atas kan.
Masa me tengah mengandungkan
Aisya dulu, me memang risau sangat nak tinggalkan Aisya kat taska atau
tinggalkan dia dengan pengasuh. Sebab kes-kes dera, kes anak meninggal di
taska. Homaiii. Memang sangat menakutkan.
Mak ada juga cadangkan supaya
tinggalkan Aisya di kampung dlu but bila me suarakan hal ni dengan makcik me,
apa yang dia katakan tu membuka fikiran me.
“Dulu mama ko sudah jaga ko dari kecik tapi pas ko ada anak pun ko mau mama ko juga yang jaga anak ko? Bila ko sudah ada anak cubalah susah payah jaga anak sendiri. Baru ko tau senang ka susah mama ko kasi besar kamu dulu..”
Rujukan : ko = kau
Sebab tu la me agak susah hati
bila mak insist supaya me tinggalkan Aisya. Nak nangis rasa but akhirnya me
buat keputusan untuk tetap jaga Aisya biarpun susah. Huhu.
Cukuplah mak bersengkang mata
jaga me dan Aisya masa tengah pantang tu.
Tapi terpulanglah pada diri
masing-masing. Bagi sesetengah pihak mungkin itu yang terbaik. Biarlah ada yang
mengata kat belakang. Yang penting kita tahu dan kita yakin dengan keputusan
kita.
Jangan lupa sentiasa kita doakan
keselamatan anak-anak kita. Semoga anak-anak kita dijauhkan dari sebarang
perkara yang tidak diingini. Amin.
Hari ni keje syif petang. Hurm.. saat ini rindukan anak-anak.
8 $type={blogger}
saya setuju sangat dengan kata2 DFK tu..
ReplyDeleteamien.....
ReplyDeletekata kata nya sangat bagus sekali,,,
saya tunggu kunjungan nya
otomodif1
I must thank you for the efforts you've put in penning this site.
ReplyDeleteI really hope too view the same high-grade content from you in the
future as well. In fact, your creative writing abilities haas encouraged me to get
my very own site now ;)
Have a look at my web site - GTA 5 Cheats
Terpulang pada masing2. Kalaupun ibu bapa jaga cucu, tak bermaksud itu menghambakan ibu bapa. Mungkin memberi peluang anak kita tinggal dengan atok nenek lebih membahagiakan ibu bapa kita. Korbankanlah apa sahaja untuk kebahagiaan ibu dan ayah, hatta anak sendiri sekali pun.
ReplyDeleteSalam Jumaat MI...
ReplyDeletePeringatan yang baik untuk renungan bersama...umat akhir zaman ni memang banyak dugaan..
memang betul apa yang dikatakan oleh DFK tu..tapi bukan semua orang buat macam tue kan..pendapat khaty,dengan adanya cucu di rumah ibu bapa kadang2 boleh menghiburkan mereka..kan bahagia bila tengok ibu bapa kita bahagia..
ReplyDeletekalau di pandang dari satu sudut, betul gak apa yang makcik cakap tu kak moon,,, hehehhe..
ReplyDeleteTapi kalau mak nik sendiri, dari dulu lahi dia kata kalau dia ada cucu, dia nak jaga. hehehe
saya setuju dengan kata2 makcik tu. Kekadang kecian juga nengok mak ayah yang dah tua tu terpaksa jaga cucu gara2 anaknya ambil kesempatan.
ReplyDelete