Welcome Home MH17
4:35 PM
Assalamualaikum
dan salam 1Malaysia
Salam Jumaat
semua.
Hari ini
hari yang amat suram. Bukan sahaja bagi me seorang tapi buat semua rakyat Malaysia.
Hari ini adalah hari perkabungan negara. Rasanya seluruh Malaysia mengikuti
perjalanan istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi MH17 pagi tadi.
Sepanjang
hari ini me cuba untuk tidak menangis. Namun akhirnya benteng airmata runtuh
juga. Lebih-lebih lagi bila melihat gambar-gambar yang dimuatnaik ke laman
facebook. Gambar anak yang sedang meratap di sisi jenazah ibunya. Gambar sahabat
kepada co-pilot sedang mendukung anak mangsa ketika solat jenazah. Gambar
tangisan kepada keluarga mangsa-mangsa tragedi MH17.
Berlari ke
tandas demi menyembunyikan tangis. Terasa pedih bila mengenangkan semua itu.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. LLL
Takziah dari
kami sekeluarga buat keluarga mangsa MH17. Semoga ALLAH lindungi mereka semua.
Amin.
#welcomehomemh17
#mengenangmh17
#prayformh370
3 $type={blogger}
salam takziah kepada keluarga mangsa dan al-fatihah kepada jenazah mangsa nahas mh17 yang beragama islam...
ReplyDeleteManusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik ... Semoga roh mereka2 ditempatkan dikalangan orang yang beriman ... Semoga keluarga redha dan tabah menghadapinya ... Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ... Al-Fatihah ...
ReplyDeletesedihnya kak.. sebak sayu.. Allah tabahkan hati keluarga mangsa2 mh17 ni
ReplyDelete