Cer cari nama Aeera atas tu.. Heeee |
Alhamdulillah. Duit raya kedua untuk Aeera tahun ni. Thanks Kak Uni. Tak ingat pun tau pasal segmen ni. Nasib baik Kak Uni tinggal komen.
Dah umum Sabtu lepas lagi pemenangnya tapi yelah kat umah jarang sangat online. Memang kena limitkan sebab kat umah masa untuk suami dan anak-anak pulak kan.
Thanks again Kak Uni!!
Gambar Keretakan Yang Berlaku Di 1Borneo Hypermall, Sabah yang disebarkan melalui facebook telah menarik perhatian pihak atasan 1Borneo. Dalam page rasmi 1Borneo Hypermall telah menjelaskan mengenai gambar-gambar keretakan bangunan yang tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu itu tiada kaitan dengan 1Borneo Hypermall.
Sumber : Page 1Borneo Hypermall |
![]() |
Sumber : Page 1Borneo Hypermall |
![]() |
Sumber : Page 1Borneo Hypermall |
Video Wanita CDM25 mengamuk trending di laman sosial. Seriusly me sangat tak setuju dengan cara perempuan ni handle masalah. Siap bawa stering lock lagi. Macam samseng sudah. Dalam dia mengamuk tu dia lupa sekarang ni zaman teknologi di hujung jari. Salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian telah merakam dan memuaturun video tersebut ke Facebook. Hurm,, sekejap je dah jadi viral. Lagi-lagi dengan kemudahan button share kat Facebook tu memang lagi cepat video ni tersebar.
Sumber : twitter |
"You see my plat number??!!" Apa yang cuba dibuktikan oleh perempuan ni agaknya dengan mengajukan soalan macam tu ea? Hurm.. Ok.. Jom bersangka baik.. Mungkin,, mungkin,, dan mungkin...
Fuh~ Still tak boleh terima. Kesian uncle tu.
![]() |
Sumber : facebook |
Apapun, bersedialah hadapi apa jua tindakan yang bakal datang. Anak-anak uncle ni pasti takkan berdiam diri selepas ayah diorang dimaki hamun depan orang ramai.
Alhamdulillah. Rezeki hari Isnin.
Pagi tadi cek tiada pun cpuv ni. Baru jap tadi cek semula tengok ada yang melekat. Senyum sampai telinga. Hahaha.
uMobile Prepaid Meal ni yang iklan ni ea?
![]() |
Sumber : google image |
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140713/hi_02/Ujian-Tuhan-buat-Enot#ixzz37PkEWAmf
Kredit : Utusan.com.my
Posted via Blogaway
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Start counting! Lagi 2 minggu nak balik Sabah. Hanya ALLAH yang tau betapa me rindukan mereka semua.
Me hanya ada masa 10 hari untuk meluangkan masa bersama mereka. InsyaALLAH. Masa itu akan me gunakan sebaik mungkin.
Posted via Blogaway
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Alhamdulillah. Setelah hampir 4 tahun berblog merasa juga me pendapatan dari Nuffnang. Walaupun jumlahnya taklah sebanyak nuffnanger yang lain tapi lepaslah untuk buat simpanan anak-anak. Syukur sangat.
Abaikan pen yang comel tu yaaa. Hehehe. Malas nak blurkan tu yang jadi macam tu. Ok! Negatif sangat perkataan malas tu kan. Ampunkan hamba.
Thanks again Nuffnang.
Posted via Blogaway
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Rabu lepas en.abg berangkat ke Kedah. So, me ambil keputusan petang tu nak beli lauk berbuka kat bazaar je. Sampai bazaar pening kepala nak beli apa.
Pusing-pusing akhirnya me beli nasi briyani ayam masak merah. Harga RM6.50. Mahal ke?
Masa berbuka tu suapkan Aisya sekali tpi dia makan tak banyak pun. Setakat 2 3 suap je.
Bangun nak sahur perut rasa memulas semacam. Memang sangat tidak selesa. So pagi tu makan roti je untuk sahur.
Dalam jam 7 lebih tu dah start kuar masuk tandas. Pakej sekali dengan muntah-muntah. Adoii. Rasa lemah sangat. Syukurlah Aisya n Aeera tak meragam sangat semalam.
Hari ni still kuar masuk tandas. Huhu. Perut pedih. Rasa nak pitam je. Dah lah bertiga dengan anak je kat umah ni. En.abg balik petang ni. Hope mampu bertahan.
sayang anak-anak umi, jangan buli umi ea hari ni. Umi tak larat ni. Huhu.
First time ke bazaar tahun ni dah jadi pengalaman tak best. Huhu.
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Sudah cukup sudah kita bercerita mengenai Piala Dunia. Mari kita sama-sama mendoakan keselamatan saudara-saudara kita di Gaza. Di saat kita penuhkan minda dengan kekecewaan terhadap Brazil, saudara kita di Gaza sedang berjuang untuk hidup.
Dalam serangan pagi tadi 23 syahid dan 122 lagi cedera bila rejim zionis melancarkan operasi pembunuhan umat Islam Palestin.
Israel smakin melampau!
Kasihan memang kasihan tapi jangan lupa selitkan doa untuk mereka di setiap penghujung solat kita.
Ya ALLAH, berikan mereka kekuatan untuk menhancurkan tentera Israel.
Posted via Blogaway
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Kekalahan paling memalukan dalam sejarah Piala Dunia apabila Brazil dibelasah 7-1 oleh Jerman dalam perlawanan separuh akhir awal pagi tadi waktu Malaysia.
Kalah di tempat sendiri membuatkan penyokong Brazil bertindak membakar bendera negara sendiri.
Pendapat me mengenai isu bakar bendera :
Membakar bendera negara sendiri adalah tindakan yang lebih memalukan daripada kekalahan Brazil kepada Jerman. Bendera tak patut dijadikan mangsa dalam cerita Piala Dunia ni. Agak-agak arr.
Bukanlah maksudnya me nak suruh depa pi bakaq team Brazil tuu tapi cukuplah if lepaskan kemarahan tu pada jersi pasukan tu je. Negara tak salah dalam hal ni. If malu nak duduk Brazil selepas kekalahan teruk di Piala Dunia tu, pegi arr tukar warganegara. Jadi warganegara Jerman la pulakk.
Huhuhu. Oklah. Takmau kondem lelebih kan ada yang boom me pulak.
Sumber gambar : facebook
Posted via Blogaway
Alhamdulillah. Ada lagi yang datang bertandang hari ni. Bertandanglah lama sikit ea. Me ni jenis tak kisah punya. Hahaha.
Anyway. Thanks Nuffnang!
Even status ni adalah status tahun lepas tapi yang kita tekankan dalam ni adalah sikap prihatin yang mereka tunjukkan. Sekurang-kurangnya masih ada yang peduli dan ambil tahu tentang waktu berbuka even dia bukan seorang muslim. Tahniah buat Mr. Raven Murugesan.
Agak-agak if kita yang tengah que masa tu, kita akan offer tak kat cashier untuk sama-sama berbuka biarpun hanya di depan kaunter bayaran tu sahaja?
Alhamdulillah. Semalam eyriqazz.com ada buat satu giveaway simple. Hadiahnya ialah 10 vouchers Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort untuk 5 orang.
Entry giveaway boleh view kat sini --> Give Away – 10 Vouchers Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort
Me komen simple je.
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Sedang cuba untuk terus sabar..
Sedang cuba untuk terus diam..
Sedang cuba untuk terus bertahan..
Sedang cuba untuk tidak mengeluh..
Sedang cuba untuk terus positifkan minda..
Sedang cuba pujuk hati bahawa pasti ada hikmah..
Ya ALLAH, tabahkan hatiku untuk menempuhi dugaan ini.. Kuatkan jiwaku untuk menerima ujian-ujian dari-MU Ya ALLAH.. Amin Ya Rabbal Alamin..
Posted via Blogaway
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Pepetang hujung minggu ni en.abg ajak jiran bersihkan rumah kosong kat belakang umah. Bukan bersihkan apa pun, cuma nak tebang pokok besar kat belakang umah kosong tu. Menakutkan tau pokok tu. Huhu. Dah la umah tu kosong. Dengan langsir umah tersingkap pulak. Hurm....
Umah ni betul-betul kat belakang umah kami.
Pernah sekali Aisya ke dapur tiba-tiba dia lari semula ke ruang tamu. Laju lak tu. Pastu sandar badan dia kat me sambil kata "mi..akut.." means umi..takut.. huhu. Masa tu memang meremang gak bulu roma. Tak cukup dengan tu dia tutup muka dengan tuala.
Dah la en.abg keje masa tu. En.abg balik je terus me cerita kat dia. En.abg decide nak tebang pokok tu.
Bukan lah me nak 'tuduh' pokok tu punca Aisya berperangai macam tu tapi entah lah. Huhuhu.
Apapun, memang nampak lapang sikit kawasan umah pas pokok tu ditebang.
Posted via Blogaway
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Perlukah ada blog fan page? Hurm.. pernah jugak terfikir nak buat tapiiii ada ke yang nak like? Atau just teruskan niat and buat? Adoiii.. pening aaa.. pening aaa..
Bukan apa, blog me kan just blog suam-suam kuku je. Pastu entry pun ntah apa-apa. Huhu.
Bantu me buat keputusan ni.
Posted via Blogaway
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Aisya sekarang ni dah semakin petah berkata-kata. Kadang rasa macam tak mampu nak balas. Hehe.
Situasi 1 : Aisya tengah tengok tv..
Ayah : Aisya, big hug ayah.
Aisya : (diam smbil tengok tv)
Ayah : Aisya. Cepat big hug ayah.
Aisya : shhhhh. Diam. Ayah.
Situasi 2
Aisya : miii. Jom. Kut (biskut)
Umi : ini?
Aisya : no..no..no..kai ni (bukan ini) sambil goyang2 jari telunjuk.
Umi : aisya nak yang mana? Ini?
Aisya : noooo. Kai ni. Tu. (Bukan ini. Itu.) mata sambil jeling biskut yang dia nak.
Situasi 3 : me slalu ajar Aisya if nak makan biskut mesti amik satu-satu. Semalam me amik 2 biskut sekali.
Aisya : miiiii!!! No..no..no..atu (satu) sambil goyang jari telunjuk.
Situasi 4
Umi : aisya, siapa comel?
Aisya : aicah.
Umi : siapa pandai?
Aisya : aicah.
Umi : siapa suka sepah rumah?
Aisya : ayah.
Umi : siapa cantik?
Aisya : aicah.
Umi : siapa kuat makan?
Aisya : ayah.
Hahaha. Dah pandai aisya skang ni. Ada je jawapannya. Banyak lagi yang me nak share but buat masa ni me share yang ni dulu ea. Aisya dah jerit nak minta biskut.
Sok dah isnin ea? Bukan semalam Jumaat ke? Huhuhuhu.
Posted via Blogaway
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Sungguh me rindu..
Mak, tunggu ira balik raya nanti ea..
Rindunya hanya ALLAH yang tahu..
Sebak rasa hati..
Posted via Blogaway
- Basuh lobak masin dengan air bersih.
- Hiris bawang, cili besar dan cili padi.
- Panaskan kuali dan masukkan minyak.
- Tumiskan bawang kemudian masukkan lobak masin, cili besar dan cili padi. (Resepi ni tak perlukan garam sebab lobak tu pun dah cukup masin)
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Setelah sekian lama tak MC akhirnya hari ni tewas jugak. Huhu. Ingat dapat bertahan nak kerja tapi pagi ni bila bangun sahur rasa tak larat sangat. Tapi tetap bangun siapkan sahur.
Sebelum ni susah sangat nak ambil MC sebab kenangkan kerja yang banyak kat opis. Lagi-lagi me tengah memangku tugas. Huhu. Tapi keadaan hari ni memang tak mengizinkan me untuk kerja. Need some rest. Ni pun tengah risaukan kerja gak. Isk!!
Hope tiada suara-suara sumbang pertikaikan MC me ni. Hurmmm. I'm not a working machine. Harap maklum!
Aisya dan Aeera pun batuk n selesema sama. Syukurlah sebab tak demam. Get well soon anak-anak umi n ayah.
Posted via Blogaway
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Finally..
Tadi try buka hot.fm tapi keluar benda aneh ni. Huhu. Tak pasti sejak bila kuatkuasa tapi sebelum ni memang boleh je.
Dah agak satu hari nanti benda ni pasti akan jadi. Fuh~
Takpe la. Dengar radio dari 'folder' je pas ni. Hahahaha. #okbai
Posted via Blogaway
Alhamdulillah. Permulaan Julai yang baik. :D
Pagi tadi dah dapat email dari bendahari. Diorang minta semak semula jadual penerbangan sebelum diorang confirmkan tiket. Cek punya cek, bincang punya bincang dengan en.abg maka kami pun setuju dengan masa dan tarikh tu even 1 hari awal dari yang kami mohon. Reply email kata ok then tak sampai sejam bendahari dah emailkan e-ticket. Yeay!!! Excited giler.
Mula cuak jugak bila tiada reply dari pihak bendahari sebelum ni. Dah 2 minggu me hantar permohonan untuk menggunakan Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal buat kali pertama. Tu yang nervous sikit bila lambat dapat feedback tu. Hahaha.
Dah dapat e-ticket tu tak tunggu apalagi dah. Terus apply cuti. Alhamdulillah. Pegawai dah luluskan. Weehuuuu~ Tak sabar nak balik Sabah. Rindunya!!!
Ambil cuti dalam 4 hari je pun. Bukan apa, nak save cuti untuk hujung tahun ni pulak sebab adik me kahwin. Mak dah pesan suh balik jugak even sekejap. Huhuhu. Paling best ayat mak bagi ngan me hari tu "Raya ni tak payah balik la. Balik hujung tahun ni je...." Huwaaaaa. Memang rasa nak nangis time tu jugak. Me dah la memang menunggu peluang nak balik sana.
En.abg pun kata tak payah balik raya ni. Huhuhu. Kuar je ayat tu terus rasa nak merajuk dengan en.abg. Dia tak kisah arr kan. Kampuang dia dekat je. Bila-bila pun boleh balik. Yang me ni,, kena tunggu cuti baru boleh balik. Bukannya boleh suka-suka.
Excited sangat nak balik. Nak makan makanan Sabah. Tuhau, lada putih, bambangan. Homaiiiiiii.
Family? Mestilah itu keutamaan nak balik kampung. Nak jumpa dengan family kan. Rindu kat mama, bapa, nenek, atuk, adik beradik, anak-anak buah. Haaaaa, nak cerita semua sekali memang panjang listnya ni. Huhuhu.
Counting! 3 weeks to go!!
Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga. :D