Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Salam Jumaat..
Past few weeks, Aisya demam, batuk n selesema. Kesian tengok bila dia batuk sebab sampai termuntah. Huhu. Tapi batuknya takde kahak. Bagi dia minum air banyak-banyak.
Hingus pun asyik meleleh. Sampai merah hidung dia gosok. Huhu.
But dalam dia tak sihat tu, ada perkara yang buat me rasa macam nak nangis.
Masa mula-mula tu tak perasan apa yang Aisya sebut. But kali ketiga dia bersin me cuba dengar betul-betul apa yang dia sebut. 'Amdilah..' Lebih kurang gitu lah bunyinya.
Me? Of course me terus peluk dia. Dia tengok, dengar dan belajar apa yang me dan en.abg buat selalu. Alhamdulillah.
Selepas tu, bila dengar me atau en.abg bersin dia akan sebut 'amdilah..'
Dah besar dah anak umi. Semakin jelas perkataan yang dia sebut. Biarpun dia suka sebut ayat terbalik but takpe. At least dia tunjukkan perkembangan yang sangat +ve. Syukur alhamdulillah. :)
p/s : Bulan depan bulan harijadi Aisya.. Weeee~ Nak masuk 2 tahun dah anak sulung umi..