Dress Labuh Buat Kaum Hijabista
11:30 PMAssalamualaikum dan salam 1Malaysia
Bagi me, personally sangat-sangat suka dengan dress labuh.
Mula berjinak-jinak menggayakan dress labuh atau maxi dress ni masa
mengandungkan Aisya 2 tahun lepas. Memang sangat selesa. Praktikal. Cepat.
Senang. Sarungkan je.
Sebenarnya memang dah lama pandang-pandang dari jauh je
dress labuh ni. Sebelum ni takut nak pakai sebab me ni kurang tinggi orangnya.
Rasa tak yakin nak pakai. But bila sekali dah pakai, terasa diri lebih sopan
lah pulak. Hehehe.
Jenis kain yang berkualiti tinggi. Dengan satinnya, cottonnya,
jerseynya, chiffonnya, jeannya. Homaiii. Design pun cantik yang amat. Azab mata dan hati
nak pilih. Hehe.
Bagi gadis atau wanita yang berhijab jangan risau kerana banyak pilihan dress labuh atau maxi dress ni yang menyembunyikan bentuk badan. So, kena bijak memilih juga tau. ;D
Jom, baca lagi tentang dress labuh kat bawah ni.
Trend dress labuh di Malaysia
sebenarnya sudah lama popular dalam kalangan wanita negara ini. Malah baju yang
turut dikenali sebagai maxi
dress ini sudah lama menjadi pilihan para gadis dan
wanita yang suka bergaya di seluruh dunia. Ianya adalah pilihan buat para selebriti Hollywood
juga kerana banyak artis terkenal yang sering kelihatan anggun ketika memakai
dress ini diambil foto mereka oleh paparazzi atau jurugambar.
Antara sebab mengapa dress labuh sentiasa menjadi pilihan oleh wanita
pastinya kerana ianya memberikan mereka
keselesaan ketika memakainya, Ianya adalah pilihan terbaik buat mereka ketika musim panas atau pada
hari yang anda rasa malas untuk berhias berlebih-lebih dan tidak mahu
memikir terlalu banyak padanan top apa yang sesuai dengan bottom anda dan
sebagainya. Sebaliknya, pilih dress labuh kegemaran anda, sarungkan dan tambah
sedikit aksesori untuk kelihatan anggun bergaya dan anda sudah sedia untuk
keluar! Mudah bukan?
Dalam masa yang sama, dress ini juga memberikan seseorang
penampilan yang feminine lantas menyerlahkan sisi penuh
kelembutan. Ini pastinya akan membuatkan personaliti
anda lebih menonjol dan mencuri perhatian mereka yang berada
di sekeliling anda. Apa yang penting ialah pilih dress dengan
warna yang sesuai bagi memenuhi pilihan cita rasa anda. Dengan adanya pelbagai rekaan dan
corak dalam pasaran kini, pastinya akan memudahkan anda untuk bergaya sakan!
Dress
labuh turut menjadi pilihan buat wanita yang memakai hijab. Ini kerana mereka semakin gemar memakai dress
labuh dengan potongan yang lebih sopan dan tidak terlalu seksi bagi dijadikan sebagai dress Muslimah. Perkembangan fesyen Muslimah terkini telah
memberikan kesan yang cukup positif dalam trend baju Muslimah moden. Dress labuh sangat sesuai untuk dipakai bersama dengan
tudung terkini atau shawl. Dapatkan dress labuh murah dengan harga yang cukup berpatutan hanya di Zalora
Malaysia. Mereka mempunyai koleksi pakaian moden dan pakaian tradisional online untuk wanita yang cukup meluas!
Haaaaa.. Bagi para gadis dan wanita di luar sana, yang masih belum mempunyai even satu dress labuh atau maxi dress dalam koleksi pakaian, bolehlah dapatkan koleksi anda di Zalora Malaysia. Tak rugi beli satu jadikan koleksi. :)
6 $type={blogger}
dress mmg trend masa kini tp kna bijik pilh kain..takut nt nmpk mcm sarung nangka pula..hehe
ReplyDeletememang sekarang dok pakai maxi dress jer gi office kalau nak cepat dan memang rasa suka dan selesa... kalau tak maxi dress peplum... suka dan selesa...
ReplyDelete@permatabiru
ReplyDeletehehehe... betul2.. lagi2 untuk yang bertudung ni...
@Farah Waheda Wahid
ReplyDeleteskang ni dalam proses mengumpul maxi dress.. pegi opis senang.. :D
cantik2 nyerrr
ReplyDeleteAssalamualaikum sheila datang blogwalking daripada blog kak mia liana http://www.mialiana.com/2014/04/senarai-url-blog-3.html
ReplyDelete*laku betul zalora skrg. selalu sheila nampak rakan2 blogger up entri shopping kat zalora. hihii