Cerita Khitan Aisya
9:44 AM
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Semalam
after check up kat PPUM, en.abg ajak singgah Chow Kit jap. Dia nak beli barang
untuk majlis sambutan Aidilfitri Pejabat Polis Bantuan UiTM malam ni.
Tapi masa ni kepala memang dah ting tong sangat. Pening
gilerrr. Sebabnya malam sebelum tu Aisya bangun awal sangat-sangat. Jam 1 dia
dah bangun pas tu main sorang-sorang. Siap dia kudakan ayah dia lagi.
Kehkehkeh. Ayah dia buat dunno jep dengan harapan Aisya akan tido semula but
harapan hanya tinggal harapan.
Aisya siap main cak-cak lagi ngan ayah dia. Biar ayah dia
tak buka mata dia tetap main. Me yang baring kat sebelah mampu tahan nak gelak
jep. Dah lah gelap. Hahaha. Pas tu dia dah penat main but still tak dilayan,
dia jerit pulak. Ades! Mau terkeluar gegendang telinga dengar dia jerit.
Terpaksalah me bangun main dengan dia. Dekat jam 5am jugak
baru dia tido semula. Itupun jenuh sangat nak dodoikan. En.abg lak buat dunno
je. Siap berdengkur lagi. Huhuhu.
Erk. Motif nak cerita sebab nak btau kenapa me pening di
awal pagi tu. Hahaha.
Ok. Masuk cerita sal khitan pulak. Huhuhu. Kenapa me lambat
khitankan Aisya? Sebabnya masa kat Sabah hari tu takde orang yang nak buatkan.
Tanya kat hospital and KKIA boleh pulak diorang kata tak tau. Pas tu ada jugak
try tanya kawan-kawan but tak ramai yang tau. Ada yang tau but katanya nenek tu
taknak buat dah. Maybe sebab mata dah tak terang sangat kut.
Pas tu, dah pindah sini baru dapat buat. Tu pun semalam pegi
klinik panel jep (Klinik Puteri Anwar). Dia charge RM25 untuk khitan. Doktor
perempuan. Very-very nice and soft spoken. I loikee. J
Lupa dah nama doktor tu but dia pun terkejut gak kenapa lambat
sangat nak khitan. So, terpaksalah me jelaskan kenapa dengan
seringkas-ringkasnya. Actually dah btau lama dah kat doktor tu yang nak khitan
tapi kebetulan masa datang 1st time dulu Aisya tengah demam so kena tunggu.
Kebetulan semalam me MC and en.abg pun cuti so kitorang pun
amik kesempatan tu bawa Aisya pegi klinik. Dalam jam 4.15pm cam tu arr
bertolak. Tu pun pas amik peluang tido jap. Ganti semula tido yang hilang malam
sebelum tu.
Lama jugak tunggu giliran. Aisya siap bertegur sapa lagi
dengan bebudak yang ada kat klinik masa tu. Hehehe. Peramah sangat kan.
Bila dah sampai giliran, en.abg pegang tangan Aisya. Sorang
pembantu doktor pegang kaki Aisya. Me? Tengok je dari tepi sambil tarik
perhatian Aisya. Aisya nangis jap sebab tangan and kaki kena ‘ikat’. Dia tak
suka sangat bila rasa tak bebas. Rasa kesian jugak. Nasib baik lah proses
khitan tu tak lama. Pas siap tu, en.abg angkat dia terus dia diam. Hehehe.
Tak sakit pun kan sayang? Alhamdulillah. Dah selesai
khitankan Aisya. Lega rasa hati. Sebelum ni selagi tak khitan, selagi tu rasa
tak sedap. Nak lagi bila orang sekeliling asyik tanya jep. Kadang memang agak
stress jugak.
![]() |
Selepas khitan.. |
![]() |
Tak ceria langsung anak umi masa ni. Huhu |
p/s : Sebenarnya hari ni teringin nak amik cuti tapi en.abg
tak kasi. Huhuhu. Rasa cam tak larat dah nak jalan. Huhuhu.
2 $type={blogger}
salam jumaat sis,alhamdulillah dah selamat semua urusan ye.wah suka tengok mata dia comel..redup je :)
ReplyDeletecomel anak akak.. sejuk mata memandang :)
ReplyDeleteAlhamdulilah selesai dah kan..