Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Heeee~ semalam me tak mention jantina baby ea? Sorry. Hehe.
Meet Nur Aeera Shuhayra binti Abdul Karim. 2nd daughter in the family.
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Adik baby dah tidur. :)
A'ah. Adik baby dah selamat kuar pada 14/9/2013. Jam 7.40 malam. Berat 3.16kg. Alhamdulillah.
Pengalaman bersalin nanti me ceritakan ea. :)
Thanks buat rakan-rakan yang mendoakan me dan adik baby. Sayang korang semua ketat-ketat.
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Now dah otw ke PPUM.
Pagi tadi after en.abg pegi keja, dalam jam 6.15 cam tu tiba-tiba rasa cam ada something kuar. Bila cek ada lendir and darah sikit. Tak banyak pun.
So, fikir nak sambung tido jap sebab semalam tido tak lena. Sambil-sambil tu nak tidokan Aisya. But rasa cam ada contraction. Mula-mula sekali. Pegang perut keras semacam. Pas tu reda. Pas tu keras lagi. Then pas few times mcm tu terus call en.abg suh balik.
Sekarang ni pun still ada contraction but tak de rasa sakit lagi. Tapi risau sebab baby tak gerak sangat. Huhu.
Doakan urusan me dipermudahkan ea.
Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.
![]() |
Sumber : Utusan |
Mangsa yang merupakan anak tunggal sepasang suami isteri berusia lingkungan 20-an kini kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.
Berdasarkan pemeriksaan awal doktor, mangsa dipercayai mengalami kecederaan pada tengkorak kiri, pendarahan di tengah otak, lebam di dahi dan kedua-dua lutut.
Polis yang menjalankan siasatan selepas bapa mangsa membuat laporan telah menahan seorang wanita berusia 28 tahun yang merupakan pengasuh bayi itu bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita terbabit mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 di rumahnya di Telok Gadong Kecil di sini pukul 2.30 petang ini.
"Siasatan mendapati suspek tidak menjaga bayi atau kanak-kanak lain selain mangsa," katanya.
Difahamkan, suspek mempunyai dua anak perempuan berusia dua dan enam tahun.
Mengulas laporan yang dibuat oleh bapa mangsa, Mohamad berkata, lelaki itu telah dihubungi oleh suspek pada pukul 4.30 petang semalam dan diberitahu yang bayinya telah dihantar ke sebuah hospital swasta selepas mengalami sesak nafas.
Beliau berkata, pengadu kemudian menghubungi isterinya dan memintanya menjenguk anak mereka terlebih dahulu kerana dia sedang bertugas di Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Pengadu kemudian menyusul ke hospital.
"Doktor yang membuat pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kesan retak di tengkorak kiri, pendarahan di tengah otak serta lebam di dahi dan terpaksa dipindahkan ke HTAR kerana tidak sedarkan diri.
"Pengadu kemudian membuat laporan polis pada pukul 10 malam tadi," kata beliau.
Tambah Mohamad, berdasarkan rakaman percakapan pengadu, bayinya itu telah dihantar ke rumah suspek sejak berusia dua bulan dengan bayaran bulanan RM300.
Kata beliau, pengadu memberitahu sepanjang empat bulan dijaga oleh pengasuh itu, anaknya pernah luka melecet di dahi sebelah kiri akibat bergesel dengan karpet semasa cuba meniarap dan lebam pada Khamis lepas dengan alasan botol susu terjatuh di atas dahi.
Sementara itu, cubaan pemberita untuk mendapatkan kenyataan ibu bapa mangsa di HTAR tidak berjaya.
Bagaimanapun, nenek mangsa yang hanya dikenali sebagai Umi, 61 tahun berkata, dia mendapat berita kejadian yang menimpa cucunya semalam dan bergegas ke HTAR dari rumahnya di Kuala Kangsar, Perak.
"Ketika saya melihat keadaan cucu saya, badannya sudah sejuk dan tidak bermaya. Saya harap pihak berkuasa dapat jalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas agar kejadian sama tidak berulang," katanya.
Sumber : Utusan.com.my
![]() |
Umi ready dah... hehehe |
![]() |
Tengok tu... suka sangat dia.. :) |
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Baarakallahu laka wa baaraka 'alayka wa jama'a baynakumaa fi khayr
Pengantin lelaki ni bestfriend en.abg. Masa majlis kitorang kat Melaka hari tu dia pun sibuk tolong. But majlis dia ni tak sempat lak nak tolong-tolong. Huhuhu.
After majlis kitorang balik Melaka jap. Actually tak plan pun nak balik tu tapi sebab dah separuh jalan so amik kesempatan arr balik jap.
p/s : time ni Aisya still tak sihat.
Majlis sambutan raya ni berlangsung pada Jumaat lepas. Meriah memang meriah. Ramai yang datang but me tak sempat nak beramas mesra sangat malam tu sebab terpaksa temankan Aisya tido dalam surau pejabat en.abg.
Aisya tak sihat sangat masa tu. Demam, selesema and batuk. Huhu.
Ingat memang taknak pegi sebab Aisya tak sihat, alih-alih masa en.abg jemput kat opis Aisya duk hai-hai dari dalam keta. Huhuhu.
Sempat gak lah Aisya round gerai-gerai setiap bahagian yang ada. Penat tau nak kejar. Sampai tak sedar yang me berlari kejar Aisya. Orang lain pulak duk risau tengok me lari. Yelah. Dah lah tengah tunggu hari. Huhuhu. Lasak sangat anak dara sorang tu. Dalam tak sihat tu aktif jugak berlari and main.
![]() |
Potong jangan tak potong.. :) |
![]() |
Gerai Air |
![]() |
Eh,, mana Umi? |
![]() |
Selepas khitan.. |
![]() |
Tak ceria langsung anak umi masa ni. Huhu |
Assalamualaikum dan sala 1Malaysia
Baru settle check up kat PPUM. Tadi appoinment scan sekali.
Alhamdulillah baby ok. Kepala dah kat bawah uri pun dah kat atas. Air ketuban normal. Hurm, so far semua normal and ok.
Berat badan dah naik. Last week 52.9kg hari ni dah 53.2kg. Berat koo. Dah banyak naik ni. Acane nak turunkan nanti. Berat baby lak 3.1kg. Huhu. Berat tuuu. Tpi doktor kata perut nampak kecik.
Next appoinment 19/9. Doktor bagi 2 weeks sebab takde apa-apa masalah. And doktor pesan just tunggu sakit. If dah sakit terus naik ke tingkat 3. Huhu. Nebes..nebes..
Even ni 2nd baby still tetap rasa cuak. Semoga segalanya dipermudahkan.
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
![]() |
Sumber : facebook |
Sumber : Google |
![]() |
Cilok dari blog Umi Qi.. |
![]() |
Satu2nya pic yang ada muka me... ahahaha.. pic ni pulak cilok dari grup gojes..sis zaza yang post.. :) |
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Kepala tengah ting tong. Pepagi lagi dah pening-pening lalat. Semakin hampir nak bersalin ni semakin tak bersemangat nak keja. Ingat nak cuti panjang jep. Pas tu dah terbayang-bayang kampung halaman. Rindunyaaa kat Sabah.
Pagi ni nak update pasal satu group ni. Giler best diorang dalam ni borak-borak. Komen-komen. Gurau-gurau. Dah macam family. Memula jumpa dalam blog. Pas tu fesbuk. Pas tu gather-gather. Havoc uu. Hehe.
Thanks so much Umi Qi sebab invite me masuk dalam group ni. Suka sangat. :)
Me ni baru sekali join diorang 'meeting'. Meeting la sangat kan. Hehehe. Masa bestday Qi Sabtu lepas. Memang riuh habis. Best. Best.
Oleh kerana tu kali pertama maka haruslah malu-malu meoww sikit. Hakhak. Berpeluang kongsi cerita ngan few blogger femes amos. Chekgu Azrine, sis Amy, sis Haslinda. Eh, sikitnya. Nampak sangat penyegan. :p
Bukan segan apa sebenarnya. Nak tegur kang takut salah orang. Tak pasal je sembunyi muka dalam tudung. Kehkeh. Skang ni dalam proses nak mengingat wajah-wajah gojes sekalian. Hehehe.
InsyaALLAH next gather boleh sebut nama gojes sorang-sorang. Hehehe. But maybe next year baru boleh aktif lagi ni. Sebab pas bersalin nanti me balik pantang kat Sabah. 3 bulan cutii. Ngeeee~
En.abg dah bagi green light nak jadi driver if gojes buat gathering lagi but katanya kena tengok tempat jugak. If dekat boleh la join. Thanksss so much abg. Love U so much!!! Muahhh.
Sekarang ni dalam proses nak follow blog gojes sekalian. Pas tu nak buat bloglist khas untuk gojes. Ada few link yang dah dimasukkan. yang lain me akan masukkan juga but slow-slow ea. :)
Publish Via Blogger-Droid