Check Up Pertama Dengan PPUM
9:43 AM
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Sebenarnya entry ni nak up semalam but kepala tetiba rasa ting tong
terus terlelap. Huhuhuhu. Nak up right after appoinment but rasa macam ada
sikiiiiiit rasa malas. Tu yang hari ni baru up tu.
1st appoinment me dengan PPUM adalah Jumaat lepas. Sebelum tu en.abg
dah pegi kat PPUM dah untuk ambil tarikh appoinment tu. So dapatlah tarikh 16
Ogos 2013.
Keluar dari umah around jam 6am coz en.abg kena punch card lagi.
En.abg tak cuti. Dia amik masa keluar pejabat 4 jam. Huhuhu. Sampai ofis en.abg
dalam 6.30am lebih kurang. Pas punch kad terus gerak ke PPUM. Otw ke PPUM tu
jalan tak jammed just kereta memang dah banyak lah. Maybe sebab keluar awal kut
or sebab budak tak masuk sekolah lagi. Hurmmm...
Sampai PPUM tengok dah ramai orang tunggu depan klinik antenatal.
Tunggu punya tunggu tiba-tiba tengok kat dalam dah ramai yang berpusu-pusu masuk
amik nombor. Grrrrr. Rupanya diorang masuk dari belah dalam tu. Kitorang
punyalah beriya tunggu kat luar. Nasib baiklah en.abg ada sekali. Bolehlah
jalan cepat-cepat masuk pegi amik nombor. Nak suruh me yang berebut? Memang
lambatlah mak buyung ni nak jalan. Hehehe. Tak larat nak jalan cepat dah.
Tak lama pun tunggu. Baru sekali gigit roti gulung yang en.abg beli
dah sampai giliran me untuk pendaftaran. Rupanya me orang first. Hehehe. Tak
banyak pun dokumen yang di minta masa pendaftaran tu. Just kad pengenalan yang
ori, GL if kerja government and RM1 untuk bayaran buka fail. Bagi yang bukan
staf kerajaan tu me tak pasti pulak. J
Then diorang akan bagi nombor untuk jumpa doktor pulak. Sebelum jumpa
doktor tu, biasalah. Kena buat urine test dan cek tekanan darah. Oleh kerana me
ni 1st time kat PPUM, kena interview sikitlah oleh nurse kat sana. Pas tu nurse
tu suggest untuk buat MOGTT sekali dengan HIV test. Hukhuk. HIV test tu boleh
lagi me terima tapi part air gula tu,,, hurmmm. Tak sedap langsung. Minum masa
peknen kan Aisya hari tu ok jep. Yang ni entah kenapa rasa tak sedap.
Hukhukhuk. Pas minum kena puasa sejam. Nasib baik jugak lah sebelum cek up tu
tak breakfast lagi. Tak ngadap milo lagi. Huhuhu.
Biasanya me akan puasa bila dapat appoinment untuk MOGTT. But ni takde
apa terus suh minum. Memang takde puasa pun sebelum appoinment Jumaat tu. Nasib
baiklah me just minum air masak jep malam Jumaat tu. And yang me pelik, diorang
tak amik darah pun before minum air gula. Or memang tak perlu? Sebab pengalaman
me sebelum ni diorang akan amik sebelum and selepas. Confuse di situ.
Hukhukhuk.
Pas tu kena suh datang semula after 1 hour. Time tunggu tu sampailah
giliran me untuk jumpa doktor. Hurm.
Banyak gak yang doktor tanya.
Doktor : Ni anak yang ke berapa?
Me : Anak kedua.
Doktor : Anak pertama umur berapa?
Me : Setahun 2 bulan.
Doktor pandang muka me dengan pandangan yang taktau macamana nak
describe.
Doktor : Yang 1st lahir ada masalah tak? Normal kan?
Me : A’ah normal. Takde masalah apa-apa doktor.
Doktor : Berat masa masa lahir?
Me : 3.45kg.
Doktor : Hah?! Semangatnya. (sambil pandang badan me yang kecik ni..)
Me mampu senyum jep.
Doktor : Pas ni kena plan lah ea. Jarakkan kelahiran
sekurang-kurangnya dua tahun. If baby exclusive breastfeed mungkin akan
bla...bla..bla...
Panjang doktor ceramah me pasal pentingnya family planning. Ok doktor.
Noted. Huhuhu. Pas ni memang nak merancang pun. Actually yang second ni pun tak
plan but ALLAH nak bagi kita rezeki kan. J
Ok.. Sambung ke entry kedua pulak nanti ea. Nak sambung buat kerja
jap.
p/s : cherry berry la pulak awal pagi ni.... hurm
2 $type={blogger}
Doktor tuh x baik tau pandang slack kt mama moon...mak2 kita dulu beranak setahun sorang tau...ok jek...steady lg...ish zaman laa nih mulut org xleh nk tutup...biar dear biar...rezeki Allah :)
ReplyDeleteKan..kan..dlu ok je..skang ni kata dah moden..huhuhu
ReplyDelete