Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Ni cerita semalam sebenarnya. Me dapat Ipad ni sebab join quiz yang pihak Emerald buat sempena Xplorasi PTAR 2013.
Haruslah excited tau. Baru plan nak beli hp baru. Cewaahhhh. Macam banyak duit kan. Nasib baik tak sempat pegi membazir. Hahaha.
Tak sangka menang sebenarnya sebab ramai kut yang join. Maybe I'm just the lucky one kan. :)
Alhamdulillah. Rezeki baby ni.
Sila abaikan muka yang sememeh tu. Hahahaha.
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Semalam kak Anis Ayuni telah dijemput untuk mengisi salah satu slot untuk program anjuran PTAR. Sememangnya masa tengok tentatif tu rasa macam nak lompat bintang seratuskali. Hahahaha.
Rasa teruja sangat coz she's one of my favo novelis. Semalam me telah melengkapkan koleksi 11 buah novel nukilan kak Anis Ayuni. Hebat tak? hehe..
Ingat nak spent time kat booth kak Anis je semalam tau. Hahaha. Saja nak buat muka tak malu tapi kak Anis pulak ada sesi lain xkan me nak kacau pulak kan. :)
Tak sabar nak tunggu next novel pulak. Katanya cerita pasal doktor.
publish via blogger-droid
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Me pilih Method 1 tu jee.. :) |
Suatu ketika dulu kita pernah digemparkan dengan pasangan remaja yang ingin berkahwin dalam usia muda. Namun beberapa hari sebelum genap usia perkahwinan setahun, pasangan Nor Fazira Saad (13) dan Mohd Fahmi Alias (20) disahkan bercerai talak tiga. Tidak mampu meneruskan ikatan perkahwinan kerana tidak sehaluan.
Usia masih terlalu muda untuk melalui ujian ni. Namun apapun alasannya, bertabahlah dik. bukan mudah menempuhi alam perkahwinan ni lebih lagi di usia muda.
Tak ada pasangan yang berkahwin mahukan perkara seumpama itu terjadi dalam perkahwinan. Mungkin ALLAH telah tuliskan jalan yang lebih baik buat keduanya.
'Ya ALLAH restui hubungan kami. Semoga kami sentiasa berada dibawah lindungan kasih sayang-MU ya ALLAH. Amin'
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
FAIZUL JUARA AKADEMI FANTASIA 2013!!!! Finally....Yeayyyyy!! Ahahaha...
Me bukanlah tengok sangat AF 2013 ni. Hanya beberapa konsert jep yang me follow. Tu pun sebab kebetulan masih berjaga. Yang tengok mak jep. Hehehe.
Terkejut jap tadi coz tetiba Azhael pun ada rupanya ada AFMasuk ea.
Sebenarnya me dapat rasakan ada sedikit bias bila juri komen Azhael. As a judge boleh je if ada favo tapi jangan ketara sangat. Kan I dah cop bias. Orang lain me tak tau.
And me memang dah jangka yang Faizul akan jadi juara. Nothing impossible. Faizul nyanyi ok apa. I like the way he sing.
Tahniah Faizul!!
Semoga anda terus sukses di luar.
Tahniah juga pada semua pelajar Akademi Fantasia 2013.
Bye Akademi Fantasia 2013. Akan ada lagi ke AF ni tahun depan? Tunggu dan lihat...hehehe
Like and support me at Jari Bulan Shop.
motif sangat pic bawah ni kan.. next entry..
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Aeera bangun terus ajak borak. Kemain senyum pagi. Alhamdulillah. Sayang anak-anak umi.
Rindunya kat en.abg. Aisya n Aeera pun rindu kat ayah. Lambat lagi nak jumpa. Huhu.
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Korang geram or marah tak bila korang que punya lama tetiba bila sampai giliran korang tiba-tiba ada orang yang dengan rileks dan selamba potong que korang? Me memang geram sangat-sangat dengan spesies manusia macam ni.
Ceritanya hari ni me menghadiri bengkel 6 jam untuk ambil lesen memandu. Masa nak buat pembayaran tadi kena la ikut giliran kan? Tapi bila sampai giliran me ada sorang ahkak ni tiba-tiba masuk terus pegi ke kaunter bayaran. Pas tu boleh pulak dia tengok me dengan muka yang tak bersalah tu. Grrrrrrr.. memang geram sangat.
Ingat nak sound je. Bagi ceramah sivik sikit but malas arr nak argue ngan orang 'bijak' macam ni. Nasib baik sangat mood me hari ni ok.
If orang kurang upaya or warga emas me boleh consider lagi tapi ni mampu apa. Tengok kemain sihat je.
Bila la nak pupus sikap tak bertanggungjawab macam ni? Ni salah satu punca yang boleh bawa pada pergaduhan.
Jangan lupa, kadang-kadang isu yang kecik boleh membawa pada padah yang besar. Sama-sama kita beringat.
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke-40 me berpantang. Maknanya dah 40 hari jugak umur baby Aeera. :)
Lagi 4 hari nak habis pantang. Yes! Sukanya. Hehehe.
Selama berpantang ni, termasuk masa pantang bersalinkan Aisya dulu, menu yang me suka sangat is sup ayam. Ada orang kata tak boleh minum or makan something yang berair sebab nanti rahim kembang. Sejauh mana kebenarannya me tak tau but untuk ibu yang breastfeed memang perlu minum air yang banyak.
Hurm...
Sup ayam yang me suka tu tak perlu ditambah apa-apa rempah pun. Just ayam, halia, serai n garam. Itu jep. Lagi sedap if letak halia bebanyak. Fuh! Berpeluh kaww. Baby pun tak kembung.
If dapat ayam kampung lagi best. Tak dapat nak bayangkan. Tapi sekarang ni ayam kampung agak susah nak cari. If ada pun mahal. Itu kata orang. Taktau la. Hehe.
Mak beli hari tu sekor ayam kampung hidup rm20. Agak mahal jugak kut. Hurm...~
Bila nak tidokan anak rasa cam ngantuk sangat tapi bila anak dah tido mata pulak takmo lelap. Adeii la mata. Ingat nak rehat jap.
p/s : ada sesiapa yang berminat nak beli tasbih mutiara tak? Boleh buat cenderamata utk marhabban majlis cukur jambul or apa2 majlis yang bersesuaian. If berminat wassap me yaa.. 019-5829302..
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Sekarang tengah tunggu kelas KPP start. KPP tu apa? KPP stand for Kurikulum Pendidikan Pemandu.
Hokey. Hokey. Tau arr. Me ni dah nak tua baru nak amik lesen memandu. Sangat ohsem kan. Huhuhu. Jeles tau ngan uolls yang dah ada lesen. My adik2s semua dah ada lesen kecuali yang bongsu. Baru 14 tahun kot.
Actually dulu me dah penah nak lepas amik lesen ni but tetiba sekali eksiden bawa kereta macik trus trauma. Sebabnya sebelum eksiden tu ada sorang budak kecik lintas depan kereta. Nasib baik lah terbabas pas budak tu melintas. If tak xtau apa nak jadi. Huhu. Pas tu asyik terfikir 'apa akan jadi if budak tu tengah lintas tadi?' Adoi.. sebab tu asal pegang stereng kereta mesti gigil.
Try juga fikir positif but still tak boleh lupakan kejadian tu. Ni pun baru ada kekuatan sikit nak mula pegang kereta lagi. Untuk kebaikan diri dan keluarga kecik me. Hurmmm..
Hope dapatlah habiskan P sebelum balik semenanjung semula.
Anak-anak? Me minta tolong adik me jagakan kejap untuk hari ni. Hope Aisya & Aeera tak meragam arr. Thanks so much buat adik Maziah Mohamad Izzan sebab sudi tolong me. Huhu.
Adoi. Lambatnya nak start.
Dah 19 hari selepas melahirkan baby Aeera. Alhamdulillah. Proses bersalin kali ni dipermudahkan ALLAH berkat doa dari suami, keluarga dan rakan-rakan semua. Terima kasih buat semua. Love u all. Hugs ketat-ketat. :)
13 September 2013
Masa kat opis badan terasa berangin sangat. Rasa macam nak muntah pun ada. Nak pegi klinik but rasa cam tak perlu kut. Akhirnya call en.abg jep. Huhuhu. Ngadu badan tak selesa. Ngada kan. Ahaks.
Otw nak balik umah pun badan still rasa tak selesa. Kata kat en.abg yang betul-betul rasa tak selesa dah. Rasa cam tak lama lagi nak bersalin. En. abg boleh buat rileks jep. Huhuhu. Ingatkan nak bagi dia cuak sikit arr konon tapi nan hadoo.
14 September 2013
Jam 5.30am kejut en.abg sebab en.abg kena ot hari tu. Badan memang dah rasa ok sikit. Maybe sebab cukup rehat malam tu. Tiba-tiba masa hantar en.abg ke pintu rasa macam ada something keluar kat bawah. Pas en.abg bertolak cepat-cepat masuk tandas. Hoh! Dah kuar lendir and darah. Sakit memang takde lagi. Ingat nak call en.abg but sebab takde rasa sakit tak jadi call. Ingat nak sambung tido laa kononnya. Tengok hp ada 4 miss called. Semua dari en.abg.
Return call boleh lak kena sound sebab tak masukkan kunci motor dalam beg. Hukhukhuk. Terus ngadu kat en.abg kata maybe dah nak bersalin and suh dia patah balik. Sebenarnya taknak suh dia terus geram kat me pasal kunci motor tu.
Pas mandi and siapkan Aisya (yeee~hari tu terpaksa angkut Aisya sekali pegi PPUM sebab takde orang nak jaga dia. Kebetulan lak biras tak sihat masa tu..) terus gerak. Masuk kereta rasa lapar lah pulak. Tak sempat nak bekpes. Excited sangat nk bersalin. Ahahahaha. Singgah beli kuih kat stall tepi jalan jep buat alas perut. En.abg kata tunggu sampai kat PPUM nanti baru bekpes.
Bekpes nasi lemak + nasi goreng kampung + milo panas. Ambik ko. Selera kemain makan. Hahahaha.
Pas makan terus naik tingkat 3. Masuk lr nurse suh tukar baju wad. Bagi baju kat en.abg then salam-salam minta maaf salah silap kat en.abg. Kiss Aisya. Tahan airmata jep but before masuk lr sempat lagi capai hp dalam beg. Hukhukhuk.
Dapat bilik bersalin no.9. Bila doktor masuk and seluk bukaan dah 5cm. Terkejut aii jap. Doktor kata nak pecahkan air ketuban.
Bersambunggg sebab Aisya dah bangun. Huhuhu... Tengok umi dia pegang laptop laju jep dia lari nak join tekan-tekan sama....adoi laa kakak...
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Rindunya nak update blog. Huhu. Tapi buat masa ni x dapat nak update sangat. Ni pun amik kesempatan jap sebab Aisya n Aeera dah tido.
Hutang entry pengalaman bersalin pun tak buat lagi ni. Adesss~
Jumaat ni ai balik Sabah. Sambung pantang kat sana pulak. Weeeee~ tak sabar tau. Rindu yang amattt.
Cesss. Kata wordless. Ahaks.
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Heeee~ semalam me tak mention jantina baby ea? Sorry. Hehe.
Meet Nur Aeera Shuhayra binti Abdul Karim. 2nd daughter in the family.
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Adik baby dah tidur. :)
A'ah. Adik baby dah selamat kuar pada 14/9/2013. Jam 7.40 malam. Berat 3.16kg. Alhamdulillah.
Pengalaman bersalin nanti me ceritakan ea. :)
Thanks buat rakan-rakan yang mendoakan me dan adik baby. Sayang korang semua ketat-ketat.